Ajil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Ajil yang pesat membangun selepas Lebuhraya Pantai Timur siap

Ajil merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Disini terdapat sebuah kawasan perindustrian dan depot tahanan imigresen yang menempatkan pendatang tanpa izin di sekitar Pantai Timur.

Populasi[sunting | sunting sumber]

Penduduk Ajil mengikut pecahan etnik bancian tahun 2010

Etnik Populasi
Melayu 2,122
Cina 37
India 10
Bukan Warganegara 743
Jumlah 2,931

Bandar Baharu Ajil[sunting | sunting sumber]

Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu menghidupkan semula aktiviti ekonomi di bandar ini yang agak suram terutamanya di pekan lama yang terletak di persimpangan Lebuhraya Jerangau Jabor yang kini kurang digunakan oleh pengguna jalanraya sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 siap dibina. Bandar Baharu Ajil yang menelan belanja RM4 juta akan menjadi pusat sehenti yang menempatkan 70 lot kedai dua tingkat, medan selera, stesen bas dan teksi dijangka siap awal 2014. Bandar Baharu Ajil itu kelak dijangka mampu menarik pelabur ke bandar ini yang mempunyai akses jalanraya yang baik menghubungkan bandar-bandar besar yang lain terutamanya Lebuhraya Pantai Timur yang boleh dihubungkan terus dari Ajil ke Kuala Lumpur.

penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Ara adalah penempatan tersusun yang mampu menampung 100 keluarga yang juga terletak di bandar Ajil.

Taman Burung Kuang Ajil[sunting | sunting sumber]

Taman Burung Kuang Ajil salah satu destinasi pelancongan yang harus dilawati apabila berkunjung ke Ajil. Taman Burung yang berkeluasan 1.7 ekar ini menempatkan pelbagai spesis burung terutama dari spesis Burung Kuang. Burung Kuang adalah spesis burung yang mempunyai bulu yang cantik berbintik-bintik coklat dan berjambul. Terdapat lebih 30 spesis Burung Kuang dari pelbagai negara di bela dan dibiakkan di sini. Burung Kuang Jantan biasanya mempunyai ekor yang panjang dan cantik berbanding dengan Burung Kuang Betina. Burung jantan biasanya akan mengembangkan ekornya bagi menarik perhatian burung betina untuk mengawan. Habitat Burung Kuang biasanya adalah di kawasan hutan dipterokap hingga ketinggian 900meter dan memakan pucuk tumbuhan, biji-bijihan, buah-buahan yang gugur seperti buah ara. Pembiakannya pula biasanya adalah dalam bulan Mac hingga Ogos dan burung betina biasanya bertelur dicelah-celah banir pokok dan membuat sarang. Burung Kuang betina biasanya akan bertelur sehingga 2 biji dan mengeram telurnya sehingga menetas.

Taman Burung Kuang Ajil juga memelihara dan membiakkan spesis Burung Merak Hijau (hookbilled bulbul) yang telah di ancam kepupusan di Malaysia sejak 1960an. Kerajaan Negeri melalui Taman Kuang Ajil Enterprise berkerjasama untuk membiakkan Burung Merak Hijau ini dan akan dilepaskan di kawasan Taman Burung Sungai Ketiar Tasik Kenyir sebagai menambah habitat spesis ini secara semulajadi. Spesis yang dibiakkan di Taman Burung Ajil ini adalah jenis burung merak hijau Jawa yang mana bakanya diperolehi dari Jerman dengan kebenaran PERHILITAN.

Koordinat: 5°05′N 103°05′E / 5.083°U 103.083°T / 5.083; 103.083