Bandar Al-Muktafi Billah Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 4°37′N 103°13′E / 4.617°N 103.217°E / 4.617; 103.217

Fail:Bandar Al Muktafi Billah Shah 1.jpeg
Pemandangan Bandar Al Muktafi Billah Shah

.

Bandar Al-Muktafi Billah Shah adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Pada awal 1970-an, bandar ini adalah hutan. Ia adalah sebuah bandar yang dirancang dalam tahun 1980-an oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan kawasan pedalaman Terengganu Tengah.

Dahulu dikenali sebagai Durian Mas, ia kemudiannya dinamakan semula sebagai Bandar Al Muktafi Billah Shah pada tahun 1980-an. Ia adalah ibu pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Bandar ini dimodelkan mengikut plan pembangunan Bandar Baru di Britain, bagaimanapun disebabkan kepada ekonomi pertanian, ia tidak boleh mengikuti apa yang telah diamalkan di Britain. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah adalah pentadbir bandar ini.

Bandar ini terletak berhampiran jalan utama Lebuhraya Jerangau Jabor. Bandar ini boleh dilihat apabila perjalanan melalui Lebuhraya Jerangau-Jabor. Ia mempunyai kemudahan awam seperti bank, hospital, balai polis, balai bomba, masjid, dewan, sekolah, kedai, taman reakreasi dan kawasan kediaman. Pekerjaan utama penduduk adalah datang dari sektor awam di mana kebanyakan daripada mereka adalah penjawat awam yang bekerja di hospital-hospital, sekolah, dan pejabat-pejabat kerajaan.

Fail:Bandar Al Muktafi Billah Shah 2.jpeg
Mercu tanda utama di Bandar Al Muktafi Billah Shah

Bandar ini juga adalah pintu masuk utama ke Pasir Raja, sebuah kampung pedalaman yang bersempadan dengan negeri Pahang. Pasir Raja adalah sebuah kawasan penempatan di luar bandar yang sangat terpencil dan mempunyai beberapa homestay untuk pelancong menikmati kekayaan biodiversiti di Hutan Lipur Chemerung yang mempunyai sebuah air terjun yang cantik.

Fail:BALORA Balai Orang Ramai Bandar Al Muktafi Billah Shah.jpeg
BALORA (Balai Orang Ramai) di Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Tempat ibadat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]