Rantau Abang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rantau Abang terkenal sebagi destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Pantai Rantau Abang merupakan salah satu destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas".

Terletak di 22 km utara dari Kuala Dungun dan 80 km dari Kuala Terengganu, Rantau Abang menjadi topik perbincangan dalam aspek pelancongan. Kadangkala apabila penyu belimbing datang dan bertelur di antara bulan Mei sehinggi bulan Ogos. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik cukup kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut.

Rantau Abang telah menemui zaman kegemilangannya. Walaupun, oleh sebab terlalu ramai pengunjung yang mendatang tempat ini, pendaratan penyu ke tanah ini telah berkurang. Yang paling penting adalah, semakin banyak penyu sedang mati dalam beberapa tahun apabila ramai orang yang ingin memakan telurnya.

Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini dikatakan jarang sekali kelihatan penyu mendarat di Rantau Abang. Sebab utama ialah kerana banyak telur penyu dicuri dan dijual untuk dimakan.

Tempat untuk melawat

Pusat Penerangan Penyu - terdapat bahan-bahan pamiran mengenai kehidupan penyu serta maklumat taburan pendaratan penyu di negeri Terengganu. Pusat ini di buka setiap hari ahad hingga khamis jam 8.00 pagi - 5.00 petang (tutup jumaat,sabtu dan hari kelepasan am). masuk adalah percuma