Sinamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sinamu merupakan salah satu makanan tradisi suku kaum Rungus di Sabah. Pada zaman dahulu kala, penduduk suku kaum Rungus hidup dalam keluarga yang besar yang mana semua penduduknya tinggal dalam satu rumah panjang yang memuatkan 50 buah keluarga.

Sinamu inilah makanan yang sering dikongsi bersama dan ianya juga merupakan makanan pembuka selera. Sinamu ini boleh diperbuat daripada buah mangga, buah betik, buah nangka, bambangan (sejenis buah mangga) ,longgom (juga sejenis buah mangga) yang masih mengkal, belum masak sepenuhnya.

Buah yang masih mengkal ini boleh terus dijeruk kecuali buah nangka kerana buahnya agak keras untuk terus dimakan, jadi cara untuk menjeruk nangka ini supaya lembut sewaktu dimakan adalah merendamkannya dahulu dalam air panas ataupun separuh masak dalam belanga. Untuk mengelakkan Sinamu cepat rosak atau basi ,perap dengan garam/ajinomoto dalam kuantiti yang banyak agar boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]