Tiger Airways

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tiger Airways Singapore
IATA
TR
ICAO
TGW
Callsign
GO CAT
Ditubuhkan 2003
Hab Lapangan Terbang Changi Singapura
Pesawat 19
Destinasi 28
Slogan syarikat Get The Real Deal
Syarikat induk Tiger Aviation[1]
Ibu pejabat Singapura
Tokoh utama Tony Davis (Ketua Pegawai Eksekutif)
Laman web http://www.tigerairways.com

Tiger Airways Singapore Pte Ltd (SGX: J7X), beroperasi sebagai Tiger Airways Singapore, adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Singapura. dengan hab utamanya di Lapangan Terbang Changi. Ditubuhkan pada September 2003, Tiger Airways adalah syarikat penerbangan kos rendah yang terbesar di Singapura berdasarkan jumlah penumpangnya. Pada 2006, ia telah melayani 1.2 juta penumpang, penumbuhan 75% dari tahun yang lepas.[2]

Tiger Airways adalah penerbangan pertama yang beroperasi dari Terminal Bajet di Lapangan Terbang Changi bagi mencapai jimatan dalam kos pengendalian.[3]. Walaupun terdapat saingan dari syarikat-syarikat penerbangan serantau, ia masih ingin memberi fokus kepada penerbangan ke destinasi-destinasi yang mengambil masa 5 jam dari habnya, Singapura.[4]

Penerbangan ke India dimulakan pada Oktober 2007, dan terdapat rencana untuk berkembang ke Malaysia.[5] [6] Rencana awal untuk mendirikan sebuah hab di Manila (Clark) digantung.

Penerbangan ini telah merauh keuntungan sebanyak SGD$1 juta untuk suku tahun yang berakhir pada 30 September 2007.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penerbangan ini ditubuhkan pada 12 Disember 2003 dan memulakan penjualan tiket pada 31 Ogos 2004. Penerbangan ini memulakan operasinya dalam suasana kesulitan yang melandai industri penerbangan akibat harga minyak yang melambung dan juga saingan hebat dari penerbangan yang lain. Tiger Airways menundakan rancangannya untuk mengenakan bayaran tambahan minyak seperti yang dilakukan oleh pesaingnya.

Pada 21 September 2005, syarikat ini melaporkan bahawa untuk tahun pertama operasinya, ia telah melihat lebih 50,000 penumpang menggunakan penerbangannya, 5000 penerbangan yang mengikut jadual, dan kadar penerbangan yang sempurna sebesar 98.7%. 94% penerbangan yang berlepas dan 90% penerbangan yang tiba berlangsung mengikut jadual. Ia juga telah membeli empat buah pesawat dan melancarkan penerbangan ke 9 destinasi.

Penerbangan ini mengharapkan untuk meningkatkan armadanya ke sembilan pesawat Airbus A320 pada penghujung 2006, dan untuk melayani sekurang-kurangnya 3 juta penumpang setiap tahun pada masa itu. Ia juga mengharap untuk menambahkan lagi enam destinasi pada 2006, kebanyakkan ke China dan India.

Tiger Airways adalah penerbangan kos rendah pertama dari Singapura yang menerima kelulusan dari pihak berkuasa China untuk terbang ke bandar-bandar di selatan China seperti Haikou, Guangzhou dan Shenzhen dalam sebuah pengumuman pada 21 Februari 2006. Penjualan tiket ke destinasi-destinasi tersebut dimulakan pada 24 Februari 2006, dengan penerbangan pertama ke Shenzhen pada 15 April, Haikou pada 26 April dan Guangzhou pada 27 April 2006. Tiger Airways mendapati penerbangan ke bandar-bandar tersebut sangat popular dan telah meningkatkan bilangan penerbangan ke Haikou dan Guangzhou kurang dari tiga bulan sejak pelancarannya.[7]

Tiger Airways Australia[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Februari 2007, Tiger Airways menyatakan yang ia ingin menjadi syarikat penerbangan domestik ketiga di Australia untuk bersaing dengan Virgin Blue dan Qantas/Jetstar.[8] Tiger Airways Australia akan menggunakan jaringan domestik Australia bagi mengembangkan kehadirannya di sana menerusi pintu masuk Darwin dan Perth, dan kemudiannya Melbourne. Pada 16 Mac 2007, syarikat ini memerima kelulusan dari pihak berkuasa Australia untuk menubuhkan sebuah subsidiari,[9], dan Tiger Airways Australia ditubuhkan pada hari yang sama.[10] Tiger Airways Australia mula beroperasi pada 23 November 2007, dan destinasi yang dilayani (masa kini dan hadapan) sudah meliputi semua daerah dan wilayah di sana.

Incheon Tiger Airways[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Incheon Tiger Airways

Pada 5 November 2007, Tiger Airways mengumumkan yang ia akan memulakan sebuah penerbangan kos rendah dari Korea. Ini merupakan sebuah usaha bersama Tiger Aviation dan Bandar Metropolitan Incheon. Penerbangan ini akan melayani destinasi ke Jepun, China, Mongolia dan hujung timur Rusia. Penerbangan ini akan berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Seoul, Korea Selatan.

Pemilikan[sunting | sunting sumber]

Tiger Airways dimiliki 100% oleh Tiger Aviation, syarikat yang ditubuhkan pada 2007 bagi mengendali Tiger Airways dan syarikat subsidiarinya, Tiger Airways Australia.

Armada[sunting | sunting sumber]

Penerbangan ini memiliki armada yang merangkumi pesawat A320-200. Semua pesawat menawarkan kelas ekonomi sahaja dengan 180 tempat duduk.

Pada masa kini, penerbangan ini memiliki 9 buah pesawat dalam armadanya setelah penghantaran dua buah pesawat pada April 2006,[11], pesawat ketiga pada 11 Oktober 2006, pesawat keempat iaitu 9V-TAH pada 23 November 2006, dan yang keliama, 9V-TAI, pada 14 Disember 2006. Pada Julai 2006, syarikat ini mengumumkan persetujuan jual-dan-sewa kembali dengan syarikat GATX Air untuk dua buah pesawat yang akan tiba pada Oktober 2006 dan November 2007. Ia juga mengumumkan yang ia akan mendapatkan lagi 8 buah pesawat ubagi meningkatkan jumlah pesawatnya kepada 20.[12]

Pada 17 Oktober 2006, penerbangan ini telah mengesahkan pembelian lapan lagi pesawat yang akan diterima di antara tahun 2008 dan 2010 dalam satu persetujuan yang bernilai $S780 juta. Pada 4 Januari 2007, Tiger mengumumkan yang ia telah berjaya mendapat pinjaman untuk membiayai pembelian ini dari sebuah bank Perancis, BNP Paribas.

Pada 21 Jun 2007, Tiger mengumumkan yang ia telah menandatangani surat persetujuan untuk membeli lagi 30 buah pesawat berniai $USD 2.2 bilion, dengan lagi 20 buah dalam pilihan. Pesawat-pesawat ini akan dihantarkan di antara tahun 2011 dan 2014.[13]. Pada 10 Oktober 2007, Tiger mengesahkan surat persetujuan yang ditandatanganinya pada bulan Jun 2007. Pesawat-pesawat baru ini akan digunakan untuk rangkaiannya di Asia Pasifik dan juga penerbangan domestik di Australia. [14]

Pada 18 Disember 2007, Tiger mengumumkan yang bilangan pesawat Airbus A320 yang ditempah dahulu ditingkatkan kepada 70.[15]

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Tiger Airways kini terbang ke destinasi-destinasi yang mengambil masa 5 jam dari Singapura: oleh itu, ia melayani 19 destinasi dalam 8 negara di rantauan. Thailand merupakan pasaran pertama dan terbesar dan kini Tiger Airways melayani 4 bandar di sana bagi mengambil kesempatan persetujuan langit-terbuka di antara kerajaan Thailand dan Singapura. Beberapa persetujuan yang terkini menghalang Tiger Airways untuk terbang ke Malaysia kecuali Kuala Lumpur bermula Februari 2008 walaupun pada September 2006, ia telah diizinkan untuk terbang ke Kuching, Miri dan Sibu dalam percubaan untuk meransang pelancongan di Sarawak.[16]

Rancangan masa depan termasuk:

  • Meningkatkan jumlah pesawat ke 20 tidak lewat dari tahun 2010[17].
  • Singapura-Brunei, Singapura-Kemboja, Singapura-Pontianak, Singapura-Kuching, Singapura-Sibu, Singapura-Miri, Singapura-KL[perlu rujukan]
  • Tiger Airways mahu menceburi penerbangan domestik di Australia, untuk menyaingi Qantas, Jetstar, Virgin Blue dan penerbangan serantau yang lain.[perlu rujukan].
  • Tiger Airways mendapat izin dari pihak berkuasa India untuk terbang ke 6 buah bandar di India (Chennai, Kochi, Goa, Trivandrum, Kolkata and Kozhikode), dan telah mulakan penerbangan ke Chennai dan Kochi.
  • Tiger Airways ingin mendirikan sebuah hab di Seoul di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Namun, persetujuan yang terdapat pada masa kini hanya membenarkan 2 syarikat penerbangan terbesar di Korea iaitu Asiana Airlines dan Korean Air untuk terbang ke destinasi antarabangsa. Penerbangan dari Seoul ini akan dikenali dengan nama Incheon Tiger Airways dengan Tiger Airways memiliki 49% pertaruhan dalam syarikat tersebut dan dengan bandar Incheon memegang 51%. (semua penerbangan Korea harus majoriti dimiliki pihak dari Korea).[18]

Dalam pesawat[sunting | sunting sumber]

Pilihan makanan dan minuman[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebuah penerbangan kos rendah, makanan dan minuman percuma tidak disediakan, namun ia boleh dibeli dari kru kabin. Menu yang disediakan adalah makanan ringan seperti mi segera, sup dan sandwic. Minuman panas dan sejuk dan arak juga dijual.

Hiburan[sunting | sunting sumber]

Buat masa kini, tidak terdapat Sistem Hiburan Dalam Pesawat dalam semua penerbangan Tiger Airways. Namun, penumpang boleh membayar S$15 untuk menggunakan pemain video yang terdapat dalam pesawat sepanjang jangka masa penerbangan. Majalah penerbangan, Tiger Tales, disediakan secara percuma kepada penumpang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. >"Tiger Airways restructures its business for regional expansion". Channel NewsAsia. 10 September 2007. 
  2. "Tiger Airways sees 75% jump in number of passengers". Channel NewsAsia. 19 January 2007. 
  3. "The Proven Business Model". Tiger Airways. 19 January 2007. 
  4. "Budget carrier Tiger Airways to launch service to Perth". Channel NewsAsia. 12 January 2007. 
  5. "2006 continued to be a turbulent year for budget airlines". Channel NewsAsia. 4 January 2007. 
  6. "Tiger Airways to start flights to India in October". Channel NewsAsia. 3 July 2007. 
  7. Tiger Airways offers more flights to "hot" destinations, Tiger Airways Press Release, June 13 2006
  8. "Singapore's Tiger Airways to pounce on Australian domestic market". Channel NewsAsia. 9 February 2007. 
  9. "Growing Tiger gets its stripes". The Australian. 16 March 2007. 
  10. "Tiger Airways sets up Aussie subsidiary". The Sydney Morning Herald. 19 March 2007. 
  11. Tiger Airways expansion plans supported by new aircraft deliveries and strong financial base, Tiger Airways Press Release, April 4 2006
  12. Tiger Airways and GATX in sale/leaseback agreement for two Airbus A320 aircraft, Tiger Airways Press Release, July 2 2006
  13. Tiger Airways orders up to 50 more A320 aircraft, Airbus Press Release, June 21 2007
  14. Tiger Airways confirms order for 30 Airbus A320 planes
  15. http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases/pressreleases_items/07_12_18_a320_tiger_airways.html Tiger Airways looks to the future with fleet of 70 A320 aircraft ]
  16. "Tiger Airways to fly to M'sian cities on Borneo Island". The Business Times. 11 September 2006. 
  17. http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases/pressreleases_items/07_12_18_a320_tiger_airways.html Tiger Airways looks to the future with fleet of 70 A320 aircraft ]
  18. Karamjit Kaur (15 Ogos 2007). "Tiger eyes Korean air market". The Straits Times. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]