Abdul Rahman Abbas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Abdul Rahman Abdul Kadir atau Abdul Rahman Talib.
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama

Abdul Rahman Abbas
TYT penang Abdul Rahman Abbas.jpg
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-7
Memegang jawatan
1 Mei 2001
Didahului oleh Hamdan bin Sheikh Tahir
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
21 Oktober 1990 – 4 April 1995
Didahului oleh Ooi Ean Kwong
Digantikan oleh Yahaya Abdul Hamid
Butiran peribadi
Lahir (1938-05-15) 15 Mei 1938 (umur 80)
Permatang Pauh, Pulau Pinang
Parti politik UMNO
Pasangan Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff
Kediaman Seri Mutiara
Alma mater Universiti Malaya
Profesion Guru

Tun Dato' Seri Utama Dr. Hj. Abdul Rahman Abbas (lahir 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang) adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Beliau juga menjadi Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kerjaya dan politik[sunting | sunting sumber]

Abdul Rahman bekerja sebagai guru selama 20 tahun. Mulai 1978 bertanding beliau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Pulau Pinang dan menang selama empat penggal.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974-1988. Beliau merupakan anggota Pemuda Umno dari 1976-1978 dan menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas pada 1988.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Beliau mula dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001. Seterusnya dilantik semula pada 1 Mei 2005.

Pada 15 April 2009, Abdul Rahman menerima watikah pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pada 1 Mei 2009, Abdul Rahman Abbas mengangkat sumpah angkat sumpah penggal ke-3 di Seri Mutiara dan disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria.

Kenamaan yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan lain-lain.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Abdul Rahman berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan ayah kepada empat orang anak.

Sakit paru-paru[sunting | sunting sumber]

Perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 19 April 2010 ditangguhkan kerana Tun Abdul Rahman Abbas dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana penyakit berkaitan paru-paru.[2]

Penghargaan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan:[3]

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Beliau kini memegang gelaran "Tun Datuk Seri Utama" dengan gabungan gelaran Persekutuan Malaysia yang tertinggi "Tun" (SMN) dan gelaran tertinggi Melaka "Datuk Seri Utama" (DUNM)

Di negeri-negeri lain di Malaysia, gabungan yang sama antara gelaran Persekutuan Malaysia yang tertinggi "Tun" (SMN) dan gelaran tertinggi tempatannya boleh digunakan. Contoh: Tun Datuk Seri Panglima di Sabah.

Penghargaan Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

  • Sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-7 (sejak 1 Mei 2001)
    • Perintah Pertahanan Negara :
      • MY-PEN Order of the Defender of State - Member - DJN.svg Ahli (DJN)
      • MY-PEN Order of the Defender of State - Companion - DMPN.svg Sahabat (DMPN) dengan gelaran Dato’
      • MY-PEN Order of the Defender of State - Knight Grand Commander - DUPN.svg Panglima Kesatria Utama (DUPN) dengan gelaran Dato’ Seri Utama
      • MY-PEN Order of the Defender of State - Knight Grand Commander - DUPN.svg Tuan Utama[4]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia :
  •  Kedah :
    • MY-KED Supreme Order of Sri Mahawangsa (DMK).svg Ahli Darjah Utama Sri Mahawangsa Yang Amat di-Hormati (DMK)
  •  Sabah :
    • MY-SAB Order of Kinabalu - SPDK.svg Panglima Besar Pesuruhjaya Kinabalu (SPDK) dengan gelaran Datuk Seri Panglima
  •  Sarawak :
    • MY-SAR Order of the Star of the Hornbill (Bintang Kenyalang) - 1. Knight Grand Commander (DP).svg Komander Datuk Patinggi Perintah Bintang Gelaran Sarawak (DP) dengan gelaran Datuk Patinggi

Penghargaan dan gelaran Majimor binti Shariff[sunting | sunting sumber]

Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff telah dianugerahkan:[5]

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Beliau memegang gelaran "Toh Puan Datuk Seri Utama" dengan gabungan Toh Puan yang dihubungkan dengan gelaran "Tun" (SMN) tertinggi Malaysia suaminya dan gelaran "Datuk Seri Utama" (DUNM)

Penghargaan Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "Biografi" (dalam bahasa Malay). Penang State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2011. Dicapai 2011-04-30.