Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Raja Uda Al-Haj bin Raja Muhammad

S.M.N ; D.U.P.N; K.B.E; C.M.G
Raja Tun Uda.jpg
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-1
Dalam jawatan
31 Ogos 1957 – 30 Ogos 1967
Didahului olehPejabat didirikan
Digantikan olehSyed Sheh Shahabudin
Menteri Besar Selangor ke-2
Dalam jawatan
1 Julai 1949 – 1953
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Didahului olehDatuk Hamzah Abdullah
Digantikan olehOthman Mohamad
Menteri Besar Selangor Ke-4
Dalam jawatan
September 1954 – August 1955
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Didahului olehOthman Mohamad
Digantikan olehAbdul Aziz Abdul Majid
Butiran peribadi
Lahir1894
Tembok, Kuala Langat, Selangor
Meninggal dunia17 Oktober 1976
PasanganRaja Maslamah Raja Busu
Tengku Badariah
Tengku Puan Nor Saadah
KediamanSeri Mutiara
Alma materKolej Melayu Kuala Kangsar

Raja Tun Sir Uda Al-Haj bin Raja Muhammad (1894 - 17 Oktober 1976) ialah seorang tokoh politik Malaysia. Beliau memegang beberapa jawatan yang penting seperti Gabenor Pulau Pinang yang pertama yang berkhidmat antara 31 Ogos 1957 sehingga 30 Ogos 1967[1]. Selain itu, beliau juga menjadi Menteri Besar Selangor kedua dan keempat dari 1 Julai 1949 hingga Mac 1953 serta 1954 ke 1955[2].

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Raja Uda dilahirkan pada tahun 1894 di Tembok, Kuala Langat kepada Raja Muhammad bin Raja Othman dan Raja Embut Long. Beliau berketurunan Daeng Chelak.

Uda adalah kerabat diraja Selangor, sepupu jauh Sultan Hisamuddin Alam Shah dan keturunan langsung Sultan Selangor yang pertama, Raja Lumu. Beliau berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Hisamuddin, Tengku Badariah binti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.(3 Sep 1896 - 11 Feb 1937).

Isteri keduanya ialah Raja Maslamah Binti Raja Busu manakala Isteri ketiganya Tengku Puan Nor Saadah Binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah. [3]

Salah seorang cucunya adalah blogger politik Malaysia Raja Petra Kamaruddin. yang mengendalikan blog MalaysiaToday.

Kerjaya[4][sunting | sunting sumber]

Raja Tun Uda belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sama seperti ramai kerabat diraja pada ketika itu.

Setelah tamat zaman persekolahan, beliau menyertai perkhidmatan awam pada umur 16 tahun. 4 Tahun kemudian beliau diterima masuk ke dalam Perkhimatan Agrikultural Melayu (M.A.S). Beliau berkhidmat dalam pelbagai jawatan dan dinaikkan pangkat sehingga ke Kelas V, Perkhidmatan Awam Malaya (M.C.S).

Pada tahun 1939, beliau menjadi orang Melayu yang pertama untuk memegang jawatan Setiausaha kepada Residen British Selangor dan kemudiannya Setiausaha Negeri Selangor yang pertama.

Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di United Kingdom. Beliau telah terlibat dalam rundingan dengan British untuk menubuhkan Sistem Ahli pada tahun 1950-an.

Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]

Raja Tun Uda ialah ahli Majlis Negeri Selangor dan Majlis Persekutuan sehingga serangan Jepun pada tahun 1941. Pada tahun 1946, beliau menjadi pegawai Kelas 1 B dalam Perkhidmatan Awam Malaya dan berkhidmat dalam berbagai-bagai lembaga dan jawatankuasa.

Beliau menjadi Menteri Besar Selangor sebanyak dua kali iaitu dari dari 1 Julai 1949 hingga 1953 , dan sekali lagi dari 1954 hingga 1955. Beliau menggantikan Datuk Hamzah Abdullah dan Dato' Othman Mohamad.

Apabila parti Perikatan menang dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 ,Raja Uda sekaligus telah dilantik sebagai Speaker Majlis Perundangan Persekutuan .

Gabenor Pulau Pinang dan Kerjaya Pascapolitik[sunting | sunting sumber]

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Raja Tun Uda dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama dan telah berkhidmat selama 10 tahun. (31 Ogos 1957- 30 Ogos 1967). Kemudian beliau diganti oleh Tun Tan Sri Syed Sheh .

Selepas persaraannya, Raja Tun Uda menyertai sektor perdagangan sebagai Pengarah Oversea- Chinese Banking Corp. Ltd (OCBC) dan kemudiannya Pengarah Great Eastern Life Assurance Co. Ltd. serta banyak syarikat yang lain.

Raja Tun Uda adalah seorang peminat tenis dan emas, selain daripada suka berkebun.

Mengenang jasa[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatannya dalam sejarah dua negeri telah menyebabkan banyak tempat dinamakan sempena beliau.

Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Selangor[sunting | sunting sumber]

  • Taman Raja Uda di Semenyih
  • Stesen komuter Raja Uda di Klang
  • Perpustakaan Awam Raja Tun Uda, Seksyen 13 Shah Alam
  • Masjid Jamek Raja Tun Uda di Seksyen 16 Shah Alam.

Bacaan Lebih Lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Henssonow, Susan F; Tennoe, Mariam T.; Surhone, Lambert M (2010). Raja Uda Raja Muhammad. Betascript Publishing. ISBN 9786133097155.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Tuan yang Terutama Pulau Pinang". Portal Rasmi Kerajaan Pulau Pinang.
  2. ^ "Sejarah Menteri Besar Selangor". Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.
  3. ^ "Salasilah Keluarga Raja Sir Tun Uda". THE RAJA SIR TUN UDA AL HAJ BIN RAJA MUHAMMAD FAMILY WEBSITE. Diarkib daripada yang asal pada 15 Oktober 2004.
  4. ^ -, Wangsa Mahkota Selangor. "Raja Sir Tun Uda". Wangsa Mahkota.