Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ialah jawatan tertinggi di Pulau Pinang. Pulau Pinang yang diambilalih oleh penjajah British, Kapten Francis Light sehingga kini tidak mempunyai sultan atau raja. Menurut sejarah, Pulau Pinang asalnya dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah.
Biasanya tokoh politik yang berjasa akan dilantik menyandang jawatan ini. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Tun Dato' Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kini sejak 2001. Watikah perlantikan semula beliau telah diserahkan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2009.[1]
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | |
---|---|
Gelaran | Tuan Yang Terutama |
Kediaman | Seri Mutiara |
Pelantik | Yang di-Pertuan Agong |
Pemegang sulung | Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad |
Pembentukan | 31 Ogos 1957 |
Senarai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]
Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad | 1957 - 1967 |
Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin | 1967 - 1969 |
Tun Tan Sri Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah | 1969 - 1975 |
Tun Tan Sri Dato' Seri Dato' Haji Sardon bin Haji Jubir | 1975 - 1981 |
Tun Datuk Dr. Haji Awang bin Hassan | 1981 - 1989 |
Tun Tan Sri Datuk Dr. Haji Hamdan bin Sheikh Tahir | 1989 - 2001 |
Tun Datuk Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas | 2001 - kini |
Seri Mutiara[sunting | sunting sumber]
Kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau PInang adalah Seri Mutiara. Seri Mutiara dibina pada tahun 1890 pada asalnya dikenali sebagai "Residency".