Acer Inc.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Acer Inc.
宏碁股份有限公司
Nama asal
宏碁股份有限公司
Nama dahulu
Multitech (1976–1987)
Awam
Didagangkan sebagaiTWSE: 2353
LSE: ACID
IndustriPerkakasan komputer
Elektronik
Ditubuhkan1 Ogos 1976; 42 tahun yang lalu (1976-08-01)
PengasasStan Shih
Carolyn Yeh
George Huang
Ibu pejabatXizhi, Taipei Baru, Taiwan
Tempat dibekalkan
Seluruh dunia
Perancang utama
KeluaranDesktops, laptops, netbooks, servers, smartphones, tablet computers, storage, handhelds, monitors, televisions LED, LCD & Plasma, video projectors, e-business
Hasil NT$237.275 billion (2017)[1]
NT$3.670 bilion (2017)
NT$2.797 bilion (2017)
Jumlah aset NT$157.613 bilion (2017)
Jumlah ekuiti NT$57.319 bilion (2017)
Bilangan pekerja
7,967 (2015)[2]
Anak syarikatGateway, Inc. (now-defunct)
Packard Bell
eMachines (now-defunct)
Escom (now-defunct)
Laman sesawangwww.acer.com

Acer (LSE: ACID) ialah sebuah syarikat Taiwan yang mengeluarkan komputer meja dan komputer peribadi bimbit (komputer riba), pelayan dan storan, peranti paparan, persisian, serta juga penyelesaian e-perniagaan untuk sektor-sektor perniagaan, kerajaan, pendidikan, dan pengguna rumah. Ia memiliki Acerland, rantaian kedai runcit komputer francais yang terbesar di Taiwan.[3] Ibu pejabat dunianya berpusat di Bandaraya Hsichih, Taiwan.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Acer pada asalnya diasaskan dengan nama Multitech oleh Stan Shih, isterinya Carolyn Yeh, dan lima orang yang lain. Syarikat itu bermula pada tahun 1976 dengan 11 orang pekerja dan modal sebanyak AS25,000. Pada asalnya, Multitech terutamanya merupakan sebuah pengedar bahan-bahan elektronik dan perunding dalam penggunaan teknologi mikropemproses. Ia kemudian dinamai semula sebagai Acer pada tahun 1987.

Pada tahun 2000, Acer mengasingkan operasi pengilangannya (sebagai Perbadanan Wistron) untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan penjenamaan. Dalam membuat keputusan untuk mendukung penjualan barisan-barisan keluarannya melalui kegiatan-kegiatan pemasaran yang khusus dan penggunaan saluran-saluran pengedarannya dengan paling cekap, Acer berkembang di seluruh dunia sementara tenaga buruhnya mengecut.

Misalnya pada tahun 2002, Kumpulan Acer menggaji 39,000 orang yang mendukung para peniaga dan pengedar di melebihi 100 buah negara. Hasilnya mencapai AS$12.9 bilion pada tahun itu. Menjelang tahun 2005, jumlah pekerja Acer di seluruh dunia telah turun sehingga 7,800 sementara rangkaian penjualan dan perkhidmatan sejagatnya dikekalkan. Hasilnya adalah AS$4.9 bilion pada tahun 2003 [4] dan AS$11.31 bilion pada tahun 2006. Bahagian pasaran Acer di Amerika Utara telah merosot pada beberapa tahun kebelakangan ini, manakala bahagian pasaran Eropahnya meningkat.[5]

Di Eropah pada tahun 2001, Acer menjalin sebuah hubungan yang amat menonjolkan dengan pasukan Formula Satu Ferrari serta juga dengan Prost Grand Prix, bekas pasukan F1. Selain daripada mengeluarkan sebarisan komputer riba premium dengan jenama Ferrari, Acer baru-baru ini juga memperluas ruang lingkup hubungannya dengan Ferrari melalui penajaan pasukan Formula Satu Ferrari sehingga tahun 2008. Selain itu, Acer baru-baru ini juga memperkenalkan barisan keluaran Ferrarinya ke Amerika Utara, dan mengeluarkan sebarisan peranti pembantu digital peribadi (PDA) yang berjenama Ferrari.

Acer kini ditempatkan sebagai penjual komputer peribadi berjenama yang ketiga terbesar di dunia, dan baru-baru ini juga mengatasi Lenovo.[6]

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Acer menjadi penaja untuk pasukan Formula Satu BAR-Honda pada tahun 2000.[7] Pada tahun 2001, Acer menjadi peneja untuk Prost Grand Prix, dan enjin yang digunakan oleh mereka, iaitu Ferrari, dinamakan semula sebagai Acer.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]