Ahnaf Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahnaf Bakar
Ahnaf ketika bertugas di studio berita pada 2022.
Kelahiran
A Ahnaf bin A Bakar

(1989-04-03) 3 April 1989 (umur 35)
Nama lainCiknap
PekerjaanPelakon, penyampai berita, pengacara
Tahun aktif2019 - kini
Ketinggian176 cm (5 ka 9 in)
AnugerahIkon Seni USIM

A Ahnaf bin A Bakar (lahir 3 April 1989 di Kota Kinabalu, Sabah) ialah seorang pelakon Malaysia. Beliau yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Ciknap memulakan kerjaya lakonannya yang pertama pada tahun 2019 sebagai pelakon ekstra dalam drama Kau Yang Pertama yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 arahan Hadith Omar terbitan Sha's Media. Berbekalkan semangat yang tekad serta komitmen yang serius dalam bidang lakonan, langkah demi langkah beliau menempa nama dalam industri seni apabila berpeluang menumpahkan bakat lakonan menerusi drama popular Kampung People siri pertama dan kedua yang ditayangkan di Slot Lestary TV3 arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures dengan memegang watak sebagai Ejen Pacerat.

Hasil pengalaman bekerjasama dengan pelbagai produksi dan pelakon lain, selain menjaga reputasi dan keupayaan membawa pelbagai watak yang ditonjolkan melalui bakat lakonan beliau menerusi beberapa drama, telefilem dan supertelefilem tempatan yang disiarkan dipelbagai siaran televisyen, beliau terus diberi kepercayaan oleh pihak produksi dan penerbit untuk menjayakan Telefilem Nyang arahan Reen Emran terbitan KL Motion Pictures dengan membawa watak Zaidi sekaligus meletakkan beliau sebagai Pelakon Pembantu yang turut dibintangi oleh Emma Maembong dan Putri Iesya sebagai Pelakon Utama dalam naskah tersebut.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bukan hanya aktif dalam lakonan sahaja, beliau juga pernah menggalas amanah sebagai pengacara untuk rancangan Agrotek terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM yang disiarkan di TV1 selain masih berkhidmat sebagai Penyampai Berita untuk Berita Wilayah RTM TV1 sehingga kini.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Janda Kosmopolitan Shahrul Awesome TV
2019 Kampung People Ejen PACERAT TV3 Slot Lestary
2019 Kampung People 2 Ejen PACERAT TV3 Slot Lestary
2019 TQ Captain Fazly Astro RIA Megadrama
2020 Isteri Misteri Arshad Viu Viu Original
2020 Hati Yang Tersakiti Joey TV3 Slot Samarinda
2020 Hantu Van Sewa Iskandar Awesome TV
2021 28 Hari Mencari Cinta Azman TV3 Slot Lestary
2021 Bidadari Salju Fakhrul TV3 Slot Akasia
2021 Scammer Inspektor Jeff Astro RIA
2022 Guard Komando Farid TV9
2022 3 Nota Cinta Gito TV3 Slot Akasia
2022 Tetuan Ang & Rahimin Affendi Astro RIA
2022 Akira Khan Abdullah Astro RIA
2022 Stella On Stage Inspektor Rizal Sooka

Super telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Tarantula X Inspektor Astro First Terbitan Kuasatek Pictures Sdn Bhd, arahan Radzi Rajudin

lakon layar Mohd Noor Kadir Tayangan 16 Disember 2021

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Nyang Zaidi Astro CITRA Terbitan KL Motion Pictures, arahan Reen Emran

Tayangan 29 Oktober 2022

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Agrotek Pengacara TV1 Terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM
2022 Rewang Raya Pelakon TV2 Sketsa Drama Raya Aidilfitri bersama pelakon Jalil Hamid,

Nentebabo, Syafeek Ikhwan, Darling, Kimberly Chuah

2020-Kini Berita Wilayah Penyampai Berita TV1 Siaran Langsung dari Kompleks Islam Putrajaya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asyikin Mayudin (26 Oktober 2022) Babak Emma Maembong Berpantang Kena 'Ratah' Suami Jadi Bualan Netizen; "Terasa Pedih, Perit..." Astro Gempak. Dicapai 15 Disember 2022.
  2. ^ Hasif Idris (26 Februari 2023) Ahnaf pernah gagal universiti Utusan Malaysia. Dicapai 10 Mac 2023

Pautan luar[sunting | sunting sumber]