Hati Yang Tersakiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hati Yang Tersakiti
GenreRomantik
Drama
Melodrama
Ditulis olehAzril Hamzah
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hati Yang Tersakiti" - Hariz Fayahet & Anna Hanifa
Lagu penutup"Hati Yang Tersakiti" - Hariz Fayahet & Anna Hanifa
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Art Ornament Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Oktober 2020 – 12 November 2020
Kronologi
MengikutiBicara Cinta
Diikuti olehBeri Sedikit Waktu

Hati Yang Tersakiti ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Feroz Kader dibintangi oleh Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. Siri ini akan memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 pada 15 Oktober 2020 menggantikan Bicara Cinta.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).

Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Hati Yang Tersakiti (TV3)". My Infotaip. 15 Julai 2020. Dicapai pada 14 Oktober 2020.