Jalil Hamid
Jalil Hamid | |
|---|---|
جليل حميد | |
Jalil pada 1998 | |
| Kelahiran | Abdul Jalil bin Abdul Hamid 25 April 1957 Kampung Kuala Masai, Masai, Mukim Sungai Tiram, Johor Bahru, |
| Meninggal dunia | 4 Mei 2026 (umur 69) |
| Sebab kematian | Komplikasi Jantung bengkak |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penerbit, pengacara |
| Tahun aktif | 1984–2026 |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Haryati Sariat (k. 1984–2026) |
| Anak-anak | 6 |
| Ibu | Rafeah binti Mohammad |
| Bapa | Abdul Hamid bin Osman |
| Tandatangan | |
Abdul Jalil Abdul Hamid (25 April 1957 - 4 Mei 2026) ialah seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia.[1][2][3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Nama sebenar beliau ialah Abdul Jalil bin Abdul Hamid. Beliau ialah anak lelaki kepada pasangan Rafeah binti Mohammad dan Abdul Hamid bin Osman. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Beliau dilahirkan pada 25 April 1957, di Kampung Kuala Masai, Masai, Johor Bahru, Johor. Beliau dibesarkan di Felda Cahaya Baru, Masai, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan L. K. T. P. Kong Kong yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Cahaya Baru, Masai, Johor dan Sekolah Agama Negeri Johor Felda Cahaya Baru. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Masai, Johor yang kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Timur, Masai, Johor hingga ke tingkatan lima. 1976 Mula berkerja di LPJ @Lembaga Pelabuhan Johor . Pada tahun 1979, beliau mengikuti kursus dalam bidang seni pentas di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti seni di JB dan Negeri Johor, beliau mula berkhidmat di Institusi Teknologi Mara (kini UiTM) Shah Alam, Selangor pada April 1984.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Jalil meninggal dunia akibat masalah jantung pada 69 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor, selepas solat jenazah dan solat asar
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Lagu
[sunting | sunting sumber]- Ayam (lagu ini pernah diciplak oleh penyanyi dari Indonesia Farid Hardja)
- Sepuluh Budak Hitam
- Makan
- Mata
- Raya
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 1994 | Festival Filem Malaysia ke-11 | Pelakon Lelaki Terbaik | Wanita Bertudung Hitam | Tercalon |
| 1997 | Festival Filem Malaysia ke-13 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Baginda | Menang |
| 2016 | Anugerah Skrin 2016 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Calon Syurga | Menang |
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon |
| Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Lelaki Terbaik Drama | Cucu Atuk | Tercalon | |
| Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Bisik Pada Langit | Tercalon | ||
| Anugerah Telenovela 2018 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Bisik Pada Langit | Menang | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Transisi Jalil Hamid Glam Lelaki. Dicapai pada 15 Disember 2017.
- ↑ Tahir Alhamzah (29 November 2019). #Showbiz: Jalil Hamid jobless for 7 months New Straits Times. Dicapai pada 15 Disember 2019.
- ↑ Norhayati Nordin (28 November 2019). Kerana lantang, Jalil Hamid menganggur 7 bulan Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1957
- Kematian 2026
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Penyanyi lelaki Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pengarah televisyen Malaysia
- Penerbit televisyen Malaysia
- Pelawak Malaysia
- Pelakon Melayu
- Pelawak Melayu
- Orang dari Johor
- Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin