Aikawa Ravu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Bleach
Love vizard.JPG
Aikawa Rozu
Peranan Bekas Kapten shinigami Divisyen ke-7 dan Vizard
Tarikh lahir 2 Februari[1]
Zanpakutō Tengumaru
Seiyū Tidak diketahui
Pelakon suara latar Tetsu Inada

Aikawa Ravu atau dikenali atau dipanggil sebagai Love merupakan bekas shingami dan merupakan bekas Kapten Skuad 7 manakala leftenannya ialah Kotsubaki Shin'emon. Dia juga merupakan seorang Vizard seperti Kurosaki Ichigo.


Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

Love ialah seorang lelaki tinggi bercermin mata hitam, berbadan tegap, berambut jenis afro dan memakai pakaian senaman ketika dia menjadi vizard dan tinggal di dunia sebenar. Dia seringkali bersifat tenang dan relaks, membaca majalah Shōnen Jump ataupun salah satu daripada manga erotik Yadomaru Lisa dalam masa lapangnya. Dia dan Roujuurou Ootoribashi kelihatan seperti rakan karib. Dia membawa sarung pedangnya pada sebuah touju yang tergantung daripada bahunya seperti beg galas.

Tengumaru[sunting | sunting sumber]

Nama zanpakuto Love ialah Tengumaru (天狗丸), diaktifkan dengan menyebut perkataan "banting" (スラム, suramu). Hulu zanpakutō's Love mempunyai bentuk hati. Pada tahap lepasan awal (Shikai) bilah zanpakutonya akan bertukar menjadi bentuk seperti pokok kaktus yang besar dan berduri. Kebolehan zanpakutonya ialah boleh mengeluarkan bebola api yang besar dan nama tekniknya ialah "Hifuki no Kozuchi". Tahap lepasan akhir zanpakutonya tidak diketahui.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buku Watak Rasmi Bleach SOULs; halaman 140.