Ise Nanao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Bleach
IseNanao.jpg
Ise Nanao
Peranan Leftenan shinigami daripada Divisyen 8.
Tarikh lahir 7 Julai
Ketinggian 164 cm (5' 4⅝")
Berat 48 kg (106 lb)
Seiyū Hitomi Nabatame
Pelakon suara latar Kate Higgins

Ise Nanao (伊勢 七緒) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan leftenan bagi Bahagian ke-8 di bawah pimpinan Kaptan Kyōraku Shunsui dan juga timbalan pengerusi Persatuan Shinigami Wanita.


Watak dan Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Nanao, jika dibandingkan dengan kaptannya yang ceria, merupakan shinigami yang biasa. Dia selalu membawa sebuah buku yang tebal (buku yang sama) dan memakai kaca mata. Wajahnya selalu serius dan dia terpaksa berhadapan dengan kerenah kaptannya yang suka bermain-main. Tetapi, seperti leftenan lain, dia sangat menghormati kaptannya dan mematuhi segala arahannya tanpa banyak soal.

Kaptannya suka bergurau-senda dengan Nanao. Misalnya, dalam omake khas episod 97, Matsumoto Rangiku menghadiahi Nanao sehelai pakaian renang yang dibeli dari dunia manusia atas permintaan Shunsui yang mengkehendaki "pakaian seksi". Biasanya, Nanao akan memarahi Shunsui atau memukulnya dengan sesuatu (seperti kipas). Apabila dia naik berang, dia akan menanggalkan kaca matanya. Tetapi, wajah sebenarnya tanpa cermin mata tidak pernah ditunjukkan tetapi berdasarkan kesan yang ditinggalkan (sesiapa yang menyaksikan air muka Nanao, termasuklah kaptannya akan mengecut dan lari bergelimpangan), muka Nanao nampaknya agak menakutkan.

Dia mempunyai hubungan yang rapat dengan kaptannya. Mereka berdua dapat bekerja dengan sempurna seperti pasangan Hitsugaya Tōshirō dan Matsumoto Rangiku.

Apabila dia mahu membunuh Chad, tangannya bercahaya dengan percikan kilat lalu memberi bayangan bahawa dia lebih mahir dalam kidō daripada seni bermain pedang.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Babak Soul Society[sunting | sunting sumber]

Nanao muncul buat kali pertama apabila dia memaklumkan kaptannya tentang ancaman yang dibawa oleh penceroboh Soul Society. Ryoka (roh asing) yang dimaksudkannya ialah Chad yang berada paling hampir dengan mereka. Apabila Shunsui berhadapan dengan Chad, dia meminta Nanao menaburkan kelopak bunga mawar untuk menimbulkan kesan dramatik. Nanao kemudiannya menjadi geram dan melontarkan bakul yang penuh berisi dengan kelopak bunga kepada Shunsui. Selepas Chad ditewaskan, dia mahu membunuhnya tetapi dihalang oleh Shunsui.

Dia kemudiannya memaki Shunsui kerana tidak membuat apa-apa sedangkan tarikh hukuman mati Kuchiki Rukia hampir menjelang. Hal ini kerana Shunsui nampaknya lebih suka melepak dan berfikir tentang kritikan Jeneral Yamamoto terhadap tindakannya. Nanao menemani Shunsui ke tempat hukuman bunuh dijalankan dan melarikan diri dengan kaptannya bersama-sama Ukitake Jūshirō setelah menghentikan Sōkyoku daripada membunuh Rukia. Apabila Yamamoto berhadapan dengan mereka berdua, Nanao bercadang untuk melengahkan masa untuk membantu dua orang kaptan tersebut melarikan diri. Tetapi, dia telah memandang rendah terhadap kuasa Yamamoto; dia tidak dapat menggerakkan badannya selepas merenung mata Yamamoto. Shunsui mengeluarkannya dari medan pertarungan. Nanao yang masih tidak dapat bercakap berasa bimbang akan keselamatan mereka.

Zanpakutō[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak yang diketahui tentang zanpakutō Nanao dan dia jarang sekali dilihat membawa pedangnya. Satu ilustrasi dalam "All Colour but the Black" menunjukkan bahawa zanpakutōnya berbentuk seperti wakizashi atau tantō yang disembunyikan di dalam lengan bajunya. Dalam situasi yang memerlukan Nanao bertarung, dia meletakkan tangannya ke dalam pakaian seragamnya lalu menyokong huraian di atas. Satu teori lain yang kurang popular ialah bukunya merupakan samaran bagi sebilah zanpakutō seperti Yamamoto menyamarkan Ryūjin Jakka. Sebagai tambahan, pedangnya lebih pendek daripada zanpakutō biasa dan boleh dibentukkan sebagai sebuah buku. Dalam permainan Bleach: Heat the Soul 3, Nanao menggunakan sebilah pisau tetapi tidak dijelaskan pula jika pisau tersebut merupakan zanpakutōnya.