Ukitake Jūshirō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Bleach
Ukitake Jushiro
Peranan Kapten shinigami Divisyen ke-13
Tarikh lahir 8 November
Zanpakutō Sogyo No Katawari
Seiyū Tidak diketahui
Pelakon suara latar Tidak diketahui

Templat:Spoiler Ukitake Jushiro merupakan kapten skuad 13 dan merupakan kapten kepada Kuchiki Rukia. Leftenant atau penolong kanan Kapten Ukitake adalah Shiba Kaien yang merupakan abang kepada Shiba Ganju telah mati dibunuh oleh Rukia semasa Kaien telah berubah menjadi "Hollow".

Watak dan Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Ukitake telah menjadi kapten selama beratus-ratus tahun bersama dengan Kapten Kyōraku Shunsui, Kapten Unohana Retsu dan Kapten Yamamoto-Genryūsai Shigekuni serta merupakan salah seorang kapten terkuat di antara 13 kapten yang ada, di atas pengalamannya berada dalam baris hadapan. Kapten Yamamoto merupakan guru kepada Ukitake dan merupakan anak murid Kapten Yamamoto yang paling dibanggakan atas kebolehan dan kehebatannya bersama Kapten Kyoraku. Ukitake juga merupakan seorang kapten yang peramah dan baik, sangat sayangkan ahli-ahli bawahannya, popular di kalangan shinigami dan merupakan jejaka idaman serta kegilaan oleh kebanyakan shinigami wanita. Dia sanggup melanggar arahan Soul Society untuk menghukum bunuh ke atas Kuchiki Rukia, dia menyelamatkan Rukia dan Ichigo dari di hentam oleh burung hasil jelmaan beribu zanpakuto. Ukitake mempunyai badan yang lemah dan mudah sakit, dia selalunya tidak dapat bertahan lama dalam perlawanan disebabkan oleh kesihatan tubuh badannya. Walaupun begitu, kapten skuad 8 iaitu Kyoraku Shunsui selalu bersamanya dan merupakan kawan baik kepada Ukitake.

Sōgyo no Kotowari[sunting | sunting sumber]

Nama zanpakuto Ukitake adalah Sōgyo no Kotowari (双魚の理 or 双魚理, makna kasar: Kebenaran Pisces, ataupun Undang-undang Ikan Kembar). Pada lepasan awal (Shikai) zanpakutonya, Sōgyo no Kotowari bertukar menjadi dua bilah pedang berupa lembing memancing dengan gerigi garpu serupa dengan jitte terbalik di belakang setiap bilah. Pedang-pedang tersebut bersambung melalui sejenis tali yang disusun dengan beberapa aksesori kecil. Diaktifkan dengan arahan "tiap-tiap ombak perisaiku, tiap-tiap guruh pedangku" (波悉く我が盾となれ雷悉く我が刃となれ nami kotogotoku waga tate to nare, ikazuchi kotogotoku waga yaiba to nare?, ataupun "ombak menjadi perisai aku, guruh menjadi pedang aku"). Kebolehannya znpakutonya adalah menyerap serangan yang dilemparkan kepadanya dengan menggunakan pedang yang berada disebelah kiri dan melemparkan kembali kepada musuh dengan pedang yang berada diseblah kanannya dengan pantas dan cepat. Ini dapat dibuktikan semasa dia berlawan dengan Espada atau Arraancar 1 yang terkuat diantara 10 Espada yang ada.

Pelepasan tahap kedua (Bankai) zanpakutonya masih belum diketehui kerana belum dapat ditunjukkan dalam siri anime atau pun manga.