Bandar Karakura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bandar Karakura pada waktu subuh

Bandar Karakura (空座町 Karakura-chō, ataupun Karakura Town dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah kawasan fiksyen di Tokyo dalam siri anime dan manga Bleach ciptaan Tite Kubo. Bandarnya bersempadan dengan Bandar Naruki (Naruki-shi) di bahagian barat.

Setiap kejadian dalam siri Bleach mengambil tempat di sini, sehingga ichigo dan rakan-rakannya mengembara ke Soul Society. Seaktu babak Soul Society, Bandar Karakura jarang dilihat, hanya sewaktu pertarungan di antara Don Kanonji dan Perwira Karakura dengan golongan hollow. Karakura juga merupakan kawasan utama dalam plot Bleach apabila Ichigo kembali ke dunia manusia daripada Soul Society.

Setiap watak dalam Bleach yang belajar di Sekolah Menengah Karakura tinggal di bandar ini, kecuali keluarga Asano Keigo dan Kojima Mizuiro. Kebanyakan daripada mereka, termasuklah Kurosaki Ichigo, Inoue Orihime dan Sado Yasutora, tinggal di bahagian selatan Bandar Karakura.

Karakura pernah disebut sebagai kawasan terkini di mana kunci diraja (王鍵, ōken) perlu diciptakan demi memasuki kawasan dimensi raja di Soul Society. Ukitake Jūshirō pernah mengatakan bahawa Bandar Karakura mempunyai radius sepanjang dua setengah batu.[1] Ini juga memerlukan kepadatan sebanyak 100,000 roh-roh di Karakura.[2] Apabila dicipta, kunci tersebut akan melesapkan sebahagian besar bandar tersebut.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bandar Karakura terbahagi kepada 12 kawasan-kawasan:[3]

  • Yumisawa (弓沢, makna kasar: paya panah)
  • Kitakawase (北川瀬, makna kasar: arus sungai utara)
  • Gakuen Town (学園町 Gakuen chō)
  • Tsubakidai (椿台)
  • Bandar Lama Karakura (空座本町 Karakura honchō)
  • Mittsumiya (三ツ宮, makna kasar: makam daripada tiga)
  • Mashiba (馬芝, makna kasar: kawasan penghunian kuda)
  • Kinogaya (貴ノ茅)
  • Kasazaki (笠咲)
  • Minamikawase (南川瀬, makna kasar: arus sungai selatan)
  • Sakurabashi (桜橋, makna kasar: jambatan bunga sakura)
  • Komatsu (黄松, makna kasar: loceng kuning)

Dua batang sungai mengalir di Karakura: Karasu (空須), yang mengalir di dalam kawasan Karakura, dan Onose (小野瀬), yang membahagikan kawasan selatan Karakura daripada bahagian-bahagian Tokyo yang lain. Terdapat tiga buah taman yang penting di Karakura: Taman Tsubakidai di kawasan Sakurabashi, taman di kawasan Mashiba dan Taman Permainan Yumisawa di Yumisawa.

Lokasi-lokasi[sunting | sunting sumber]

Lokasi-lokasi yang penting di Bandar Karakura termasuklah Kedai Runcit Urahara (atau Urahara Shop), Sekolah Menengah Karakura, Hospital Karakura (dibawah pengawasan Ishida Ryūken) dan Klinik Keluarga Kurosaki.

Sekolah Menengah Karakura[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Karakura (ataupun Karakura High School) ialah sebuah sekolah menengah di mana kebanyakan daripada kejadian awal dalam Bleach berlaku. Setiap satu protagonis asal siri ini belajar di sekolah ini. Sewaktu babak Arrancar, Abarai Renji, Hitsugaya Tōshirō, Matsumoto Rangiku, Madarame Ikkaku dan Ayasegawa Yumichika belajar di sekolah ini juga, menyamar sebagai pelajar-pelajar sebenar.

Hospital Karakura[sunting | sunting sumber]

Hospital Karakura (ataupun Karakura Hospital) dimiliki oleh Ishida Ryūken. Dalam siri anime, hospital ini merupakan kawasan pertarungan di antara para protagonis siri ini dengan ahli golongan Bount iaitu Hō dan Ban. Di bawah tanah, terdapat sebuah kawasan latihan istimewa yang dibina Ryūken untuk membantu anaknya Uryū untuk mendapat semula kuasa Quincynya.

Klinik Keluarga Kurosaki[sunting | sunting sumber]

Klinik Keluarga Kurosaki (ataupun Kurosaki Family Clinic ) ialah sebuah klinik dimiliki oleh Kurosaki Isshin, yang dibantu oleh kedua-dua anak perempuannya, Yuzu dan Karin. Klinik ini juga merupakan tempat tinggal keluarga mereka. Inoue Sora, abang kepada Inoue Orihime, meninggal dunia di dalam klinik ini. Sado Yasutora juga pernah menjadi pesakit di sini, selepas diserang oleh hollow.

Sekolah Menengah Rendah Mashiba[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Rendah Mashiba (ataupun Mashiba Junior High School, Mashiba Chūgakkō) ialah sebuah sekolah menengah rendah di mana Kurosaki Ichigo dan Sado Yasutora pernah belajar. Sekolah ini terletak di kawasan Mashiba.

Kedai Runcit Urahara[sunting | sunting sumber]

Kedai Runcit Urahara (ataupun Urahara Shop, Urahara shōten) ialah sebuah kedai menjual gula-gula yang dimiliki Urahara Kisuke. Kedai ini turut menjual barang-barang shinigami dan bertindak sebagai sebuah pangkalan separa tentera untuk para protagonis siri ini - sesetengah daripada mereka berlatih di sini, manakala sebahagian yang lain dimasukkan untuk disembuhkan. Kedai ini mempunyai sebuah "tempat belajar" bawah tanah yang sangat besar, mengambil rupa sebenar kawasan latihan Urahara dan Yoruichi di Soul Society. Menurut Tite Kubo, kedai runcit ini menjual sejenis gula-gula yang sangat istimewa dan jarang ditemui, iaitu "Gula-gula Ruang" (Space Candy). Dia berkata, "Daripada namanya, bunyinya seperti sejenis gula-gula dengan rasa yang pelik, namun di dalamnya hanyalah gula-gula berperisa kola."[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bleach episod 109.
  2. ^ Manga Bleach; bab 223, halaman 9.
  3. ^ Buku Watak Rasmi Bleach SOULs; halaman 30.
  4. ^ Temu ramah Weekly Shonen Jump, tahun 2004, isu ke-42.