Urahara Kisuke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Bleach
Kisuke Urahara Anime.jpg
Urahara Kisuke
Peranan Pemilik Kedai Runcit Urahara; bekas kapten shinigami daripada Divisyen 12; penubuh dan bekas presiden Institusi Pengajian Shinigami
Tarikh lahir 31 Disember
Ketinggian 183 cm (6' 0")
Berat 69 kg (152 lb)
Zanpakutō Benihime
Seiyū Shinichiro Miki
Pelakon suara latar Michael Lindsay

Urahara Kisuke (浦原 喜助) adalah salah satu daripada watak utama dalam manga dan siri anime Bleach. Dia menjalankan perniagaan di kedainya, Kedai Runcit Urahara yang menjual pelbagai item shinigami. Kedai ini diusahakan oleh dirinya, Tsumugiya Ururu, Hanakari Jinta dan Tsukabishi Tessai.


Watak dan Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Urahara Kisuke sentiasa memakai cepu kayu Jepun tradisional dan topi berbentuk baldi lantas menyebabkan dia digelar "cepu-topi" (ゲタ帽子, geta-bōshi). Dia adalah seorang yang riang dan ceria tetapi amat serius dalam situasi tertentu. Walaupun bersikap demikian, pertuturannya sentiasa sopan dan beradab. Yoruichi juga mengatakan bahawa Urahara boleh bersikap keterlaluan jika terlibat dalam sesuatu subjek yang dia minati. Dia pernah menggelar dirinya sebagai "usahawan yang jujur, tampan dan miang". Dalam babak Bount (anime sahaja), apabila Shiba Ganju memanggil Urahara "orang tua", Kisuke menjawab bahawa dia seusia dengan kakaknya, Shiba Kūkaku.

Urahara boleh didapati berada berhampiran dengan lokasi berlakunya peristiwa yang penting tetapi tidak pernah masuk campur dan suka mengawal keadaan di sebalik tirai. Selepas insiden itu tamat (misalnya pertarungan antara Kurosaki Ichigo dengan Abarai Renji), dia akan muncul dan membantu mana-mana pihak yang sesuai. Setakat ini, dia banyak berpihak kepada watak protagonis. Dia juga nampaknya lebih banyak mengetahui tentang sesuatu perkara walaupun tidak mendedahkan hakikat ini dan telah menjalin hubungan dengan kebanyakan watak dalam siri ini. Peranannya banyak menjana kesinambungan kisah ini tetapi Urahara selalunya bertindak sebagai mangkin dan membenarkan orang lain menjalankan tanggungjawab tertentu bagi pihaknya. Dia merupakan seorang pemain pedang yang handal dan berkemampuan menggunakan serangan hebat. Dia juga dapat berlawan pada tahap yang sama dengan arrancar kelas Espada. Dia suka membina tanah lapang yang luas di tempat-tempat tersembunyi untuk menjalani latihan. Lokasi sedemikian dibina buat pertama kali di Soul Society supaya dapat berlatih dengan Yoruichi dan kawasan yang kedua dibina di bawah kedainya (di alam nyata) untuk tujuan yang sama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Urahara sebagai Kaptan Bahagian ke-12 suatu masa dahulu

Urahara Kisuke merupakan bekas kaptan Bahagian ke-12 dalam Gotei 13. Dialah yang mengasaskan dan menjadi presiden pertama bagi Institusi Penyelidikan Shinigami (kedua-dua jawatan kini diambil alih oleh Kurotsuchi Mayuri. Lebih kurang 100 tahun sebelum kisah sebenar Bleach bermula, Urahara telah dibuang dari Soul Society kerana mencipta Sfera Pembiasan dan gigai yang bukan sahaja tidak dapat dijejaki, malah menyebabkan kuasa semangat shinigami yang menggunakannya untuk berkurangan. Shihouin Yoruichi turut melarikan diri dari Soul Society bersama-sama dengan Urahara . Namun, sebab kepada tindakan Yoruichi belum lagi diketahui. Dia juga nampaknya berkenalan dengan Kurosaki Isshin, ayah Ichigo.

Ciptaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengasas kepada Institusi Penyelidikan Shinigami di Soul Society, Urahara telah mencipta beberapa item. Antaranya ialah:

  • Gikongan (義魂丸) - Lebih dikenali sebagai "Soul Candy". Item ini berbentuk pil bulat berwarna hijau yang mengandungi roh tiruan. Apabila dimakan, roh tiruan ini akan beroperasi dalam tubuh pengguna mengikut program yang telah ditentukan. Namanya ditukarkan kepada Soul Candy kerana Organisasi Wanita Shinigami mengadu bahawa nama gikongan tidak comel.
  • Tenshintai (転神体, Penukaran Tubuh Shinigami) - Item ini berbentuk seakan-akan manusia dan bersaiz seperti manusia biasa. Tenshintai digunakan untuk memaksa roh zanpakutō mengambil bentuk yang nyata apabila ditikam oleh zanpakutō. Dengan ini, penggunanya boleh berkomunikasi dengan roh dan mencapai pembebasan tahap terakhir zanpakutō. Proses ini cuma bertahan selama sehari dan selepas itu, roh akan berubah bentuk kepada tenshintai yang asal. Tanpa ciptaan ini, seseorang terpaksa meluangkan masa sebanyak 10 tahun dan beratus-ratus tahun untuk bertarung bagi mencapai pembebasan tahap terakhir. Kaedah ini amat bahaya kerana roh zanpakutō dipaksa untuk mengambil bentuk nyata. Jika digunakan lebih daripada tiga kali berturut-turut, penggunanya mungkin akan mati.
  • Hōgyoku (崩玉, Sfera Pembiasan) - Item ini berbentuk sfera kecil yang mencairkan penghadang di antara shinigami dengan hollow. Sfera ini membolehkan shinigami menggunakan kuasa hollow dan sebaliknya. Seperti yang dikatakan oleh Aizen kepada Orihime, penggunaan Sfera Pembiasan secara berterusan akan melemahkannya.
  • Beberapa versi gigai - Urahara telah banyak menjalankan kajian tentang gigai. Sehingga ini, dia telah mencipta sekurang-kurangnya dua jenis gigai. Jenis pertama ialah gigai yang tidak dapat dikesan yang akan menyerap kuasa semangat penggunanya, bukan memulihkannya dan lama kelamaan, shinigami itu akan menjadi manusia biasa. Jenis kedua ialah gigai yang boleh dikembangkan untuk digunakan dalam pertarungan sebagai samaran.

Sebagai tambahan, Urahara telah mencipta beberapa teknik sepanjang kerjayanya sebagai Kaptan Bahagian ke-12. Salah satunya adalah teknik menanam dan kemudiannya mengambil semula apa-apa sahaja dari roh seseorang tanpa mencederakannya. Kaedah ini digunakan oleh Aizen untuk mengambil Sfera Pembiasan daripada Rukia.

Benihime[sunting | sunting sumber]

Zanpakutō Urahara, Benihime

Zanpakutō Urahara Kisuke ialah Benihime (紅姫, Puteri Merah). Ia merupakan salah satu daripada zanpakutō wanita yang terdapat dalam siri ini. Pada kebiasaannya, Benihime disembunyikan di dalam tongkat Urahara. Hulunya dapat menolak roh daripada tubuhnya seperti sarung tangan Kuchiki Rukia. Arahan untuk membebaskan Benihime pada tahap pertama ialah "sedar" (起きろ, okiro).

Pada tahap pertama, bilah Benihime menjadi lebih luas dan hulunya melengkung serta dihiasi dengan reben merah dan hiasan lain. Benihime mempunyai dua kebolehan khas; satu untuk menyerang manakala satu lagi untuk tujuan pertahanan. Kedua-dua teknik ini digunakan dengan memberi arahan "tangis" (啼け, nake). Keupayaan pertahanan Benihime membentuk penghadang lonjong berwarna merah darah di hadapan Urahara. Penghadang ini agak berkuasa kerana mampu menghalang serangan getsuga tenshō Ichigo. Keupayaannya untuk menyerang pula mirip kebolehan Zangetsu Ichigo iaitu menembak tenaga semangat yang kuat ke arah pihak lawan. Tembakan ini seakan-akan tembakan cero. Dalam anime, tembakan ini bergerak selari dengan tanah. Urahara juga mampu menangkis tembakan cero daripada arrancar Yammy dengan serangan Benihime.

Pembebasan tahap terakhir Benihime belum lagi didedahkan. Urahara memberitahu Abarai Renji bahawa pembebasan tahap terakhir zanpakutōnya tidak dapat melatih orang lain atau meminjamkan kuasa kepada mereka. Tetapi, hal ini mungkin alasan semata-mata supaya Urahara tidak perlu menggunakan tahap terakhir Benihime.