Unohana Retsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Bleach
RetsuUnohana.jpg
Unohana Retsu
Peranan Kapten shinigami daripada divisyen 4
Tarikh lahir 21 April
Ketinggian 159 cm (5' 2½")
Berat 45 kg (99 lb)
Zanpakutō Minazuki
Seiyū Aya Hisakawa
Pelakon suara latar Kate Higgins

Unohana Retsu (卯ノ花 烈 atau 卯の花 烈) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia ialah kaptan bagi Bahagian ke-4 dalam Gotei 13 (bertanggungjawab dalam tugas-tugas merawat dan membekal barangan bantuan kecemasan). Leftenannya ialah Kotetsu Isane.

Watak dan Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Unohana ialah wanita yang lemah-lembut, beradab dan penyayang. Dia jarang panik atau menunjukkan bahawa dirinya sedang menghadapi masalah. Dia juga sangat sopan walaupun berang (misalnya apabila ahli bahagian lain membuli ahli bahagiannya) tetapi membebaskan aura yang mampu menakutkan orang lain walaupun pada masa yang sama, senyuman manis menghiasi bibirnya. Dia memakai pakaian seragam shinigami piawai tetapi menggenakan obi dan bukannya tali pinggang kain. Rambutnya juga ditocangkan dan dililitkan ke hadapan dadanya. Dia mempunyai hubungan yang intim dengan leftenannya Kotetsu Isane.

Dalam anime, selepas Abarai Renji tewas di tangan Kuchiki Byakuya dalam pertarungan, dia memulihkan Renji tanpa teragak-agak walaupun Renji telah mengkhianati Soul Society. Renji sendiri tidak mengetahui identiti penyelamatnya kerana penglihatannya amat kabur dan dia tidak sedarkan diri selepas itu.

Unohana juga nampaknya membenarkan ahli bahagiannya pergi ke dunia nyata dari semasa ke semasa; dalam anime, dia memberi kebenaran kepada Yamada Hanatarō untuk bercuti di dunia sebenar selepas kejadian di Soul Society. Tambahan pula, dalam komik V-Jump, dia ialah pengarah Persatuan Shinigami Wanita (maka, dia lebih berkuasa daripada Presiden Kusajishi Yachiru dan Timbalan Presiden Ise Nanao).

Retsu dalam bahasa Jepun bermakna "sejuk", "garis" atau "perbalahan" tetapi kanji yang digunakan bermaksud "garang". Tetapi, jika digabungkan dengan karektor (huruf) untuk wanita, ia membawa maksud "kekuatan wanita". Nama keluarganya Unohana bermakna "Bunga Arnab" - hal ini mungkin merujuk kepada gaya rambutnya yang melambangkan sepasang telingan arnab saling berlilit jika dipandang dari tepi. Unohana juga merupakan nama hidangan Jepun yang dibuat daripada okara (kacang soya yang ditumbuk lumat).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Unohana merupakan kapten kedua tertua selepas kapten Yamamoto-Genryūsai Shigekuni dan kedua terlama memegang jawatan sebagai kapten dan diikuti kapten Ukitake Jūshirō dan kapten Kyōraku Shunsui.

Minazuki[sunting | sunting sumber]

Unohana Retsu dan leftenannya yang sedang menunggang Minazuki

Zanpakutō Unohana Retsu ialah Minazuki (肉雫唼). Istilah itu tidak mempunyai terjemahan yang mempunyai maksud khusus. Dua perkataan pertama dalam namanya, mina (肉雫) bermaksud "daging / titisan daging". Karektor terakhir, tsuki (唼), ialah huruf yang sukar difahami dan bermaksud bunyi atau kemunculan burung yang sedang makan. Sebenarnya, karektor terakhir itu tidak lagi diakui oleh Kementerian Pelajaran Jepun. Dalam konteks, interpretasi yang paling munasabah bagi namanya ialah "pemakan daging" atau "peminum daging" yang bertepatan dengan keupayaannya untuk menyembuhkan seseorang dengan memakannya. Penjelasan lain ialah nama yang direka oleh pengarang; minazuki (水無月) ialah perkataan tradisional Jepun bagi bulan keenam dalam kalendar lunar. Minazuki (dieja dengan kanji berlainan) ialah nama sejenis makanan ringan Jepun.

Dalam bentuk asal, Minazuki lebih panjang saiznya daripada katana biasa dan kelihatan seperti nodachi. Dia tidak mengikatnya pada obi tetapi memikulnya pada bahunya atau menyuruh Isane mengangkatnya. Walapun pembebasan tahap pertamanya telah ditunjukkan beberapa kali, Unohana hanya dilihat membebaskannya dalam kredit episod 30. Walaupun arahan bagi pembebasan Minazuki belum diketahui, Unohana akan memegang sarung pedangnya sementara hulu Minazuki larut menjadi kabus hijau yang mengalir dari hujung sarungnya. Dia juga pernah mengeluarkan zanpakutō untuk merawat Hitsugaya; satu cahaya hijau bersinar dari Unohana semasa dia membuat persiapan tetapi babak tersebut ditamatkan sebelum apa-apa terjadi.

Setelah dibebaskan, Minazuki berubah kepada ikan pari gergasi bermata tunggal dan boleh terbang. Saiznya cikup besar untuk menampung banyak orang di belakangnya (sekurang-kurangnya 12 orang berdasarkan saiznya dan orang yang sedang menunggangnya). Sebagai tambahan, ia boleh menelan banyak orang; ia boleh mengangkut dan memulihkan kecederaan orang tersebut di dalam perutnya. Apabila perlu mendarat, kaki-kaki berjari tiga akan tumbuh bagi menyokong berat badannya. Apabila mendarat, ia boleh memuntahkan semula orang di dalam perutnya (mereka akan diselaputi dengan cecair). Ia mencair kepada kabus hijau dan menjadi zanpakutō semula setelah Unohana mengurungnya.