Vizard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekumpulan vizard bergambar dengan Kurosaki Ichigo di bahagian tengah gambar. Ahli-ahli vizard, dari kiri ke kanan bermula daripada bahagian atas tengah adalah seperti berikut: Hirako Shinji, Rose, Mashiro, Love, Sarugaki Hiyori, Yadōmaru Lisa, Ushōda Hachigen dan Muguruma Kensei.

Golongan vizard merupakan golongan shinigami bebas dalam siri anime dan manga Bleach yang telah, secara haramnya, mendapat kuasa-kuasa hollow.[1]

Meskipun istilah vizard dieja dalam manga menggunakan kanji yang bermaksud askar-askar bertopeng (仮面の軍勢, kamen no gunzei), perkataan ini disebut dalam bahasa Inggeris vizard (ヴァイザード, vaizādo), iaitu satu perkataan purba yang merujuk kepada sebuah topeng yang dipakai untuk menyembunyikan muka.

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Golongan vizard merupakan antitesis kepada golongan arrancar; mereka merupakan shinigami yang telah mendapat kuasa-kuasa hollow dan berjaya mengekalkan kuasa shinigami mereka sebagai sifat dominan (meskipun mereka harus menempuh sebuah proses dan mengekalkan dominan mereka ke atas hollow mereka), manakala golongan arrancar pula adalah hollow yang telah mendapat kuasa-kuasa shinigami dan berjaya mengekalkan kuasa hollow mereka sebagai sifat dominan. Disebabkan mereka bermula sebagai shinigami, para vizard menyerupai manusia secara keseluruhannya. Tidak seperti golongan arrancar, mereka tidak mempunyai lubang-lubang atau separuh topeng (sifat biasa hollow yang berubah bentuk) di mana-mana bahagian badan mereka, walaupun jika mereka inginkan, mereka mampu mencipta topeng-topeng menurut kemahuan, dan mereka membawa sebilah zanpakutō, serupa dengan shinigami biasa. Apabila menggunakan kuasa hollow mereka, rupa seorang vizard tidak berubah kecuali pada muka mereka, di mana sebuah topeng terbentuk dan menutup seluruh muka mereka, dan juga warna mata mereka, di mana bahagian putih mata mereka bertukar menjadi warna hitam dan bahagian iris mereka menjadi warna emas. Proses memakai topeng hollow mereka dirujuk sebagai "Penghollow-an" (虚化, horō-ka, atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai "Hollowification").[2][3]

Petunjuk kewujudan shinigami/kacukan hollow telah diberikan agak awal dalam manga Bleach. Apabila Kurosaki Ichigo sedang berlatih bersama-sama Urahara Kisuke, Urahara telah mencederakan Rantai Takdir Ichigo untuk memaksanya mendapat kuasa shinigami yang telah meninggalkan tubuhnya. Ichigo berjaya mendapat semula kuasa shinigaminya apabila tubuhnya memulakan proses untuk menjadi hollow. Perubahan bentuk Ichigo berlaku tidak selari, apabila topengnya terbentuk dahulu sebelum badannya mula pecah dan bergabung semula, membuktikan tentangan yang diberikannya. Apabila dia muncul sebagai seorang shinigami, dia masih memakai topeng hollow tersebut. Apabila dia menjejakkan kaki di Soul Society, topeng hollow itu muncul kembali pada tubuhnya, meskipun dia telah membuangnya beberapa kali. Dalam pertarungannya menentang Kuchiki Byakuya, bentuk hollownya muncul kembali dan topengnya mula bergabung di mukanya. Namun, sebelum dia berubah sepenuhnya, Ichigo mampu mengawal dirinya kembali dan menanggalkan topeng itu. Sama ada proses ini merupakan tahap yang biasa bagi setiap vizard ataupun jika ia tertakluk kepada Ichigo seorang sahaja tidak dijelaskan, namun simptom-simptom kemudiannya menunjukkan bahawa ia adalah tahap biasa.

Ichigo kemudiannya mendapat tahu bahawa terdapat shinigami lain yang telah mendapat kuasa hollow selain daripada dirinya. Hirako Shinji, seorang pemuda yang bersenjatakan sebilah zanpakutō dan bertopeng hollow, mendedahkan kepadanya bahawa golongan shinigami sepertinya merujuk diri mereka sebagai vizard. Shinji telah cuba untuk menyakinkan Ichigo untuk menyertai kumpulan mereka, mengatakan bahawa hanya dia sahaja yang mampu mengajar Ichigo teknik untuk mengawal "hollow dalamannya", sekaligus menghalangnya daripada mengambil alih tubuh badannya dan menghancurkan segala yang disayanginya. Ichigo awal-awal lagi telah menolak tawaran Shinji, tetapi mengaku kalah terhadap tawaran itu apabila dia sedar bahawa dia tidak mampu mengawal hollow dalamannya seorang diri. Ichigo mendakwa bahawa dia hanya menggunakan mereka untuk mempelajari teknik mengawal hollow dalamannya, dan bukan di atas minat atau sebab-sebab lain.

Setakat ini, motif golongan vizard masih diselubungi misteri. Namun, golongan vizard dianggap sebagai penjenayah oleh Soul Society kerana melakukan pantang larang yang dianggap paling dahsyat; mendapat kuasa-kuasa hollow. Golongan hollow juga tidak akan sama sekali menerima vizard, disebabkan status mereka sebelum ini iaitu sebagai shinigami. Ini merupakan sebab utama golongan vizard tidak bergantung kepada orang lain dan memihak hanya kepada diri mereka sendiri. Akan tetapi, seperti yang disebut oleh Urahara, golongan vizard adalah rakan-rakan berharga dalam pertarungan mereka menentang Aizen Sōsuke.[4]

Tidak seperti di Soul Society, di mana para shinigami diberikan pangkat dalam sesebuah divisyen, ataupun di Hueco Mundo, di mana nombor diberikan kepada golongan arrancar berdasarkan kekuatan mereka, golongan vizard belum lagi mendedahkan jenis struktur hierarki yang digunakan mereka. Namun begitu, Hirako Shinji ditonjolkan beberapa kali sebagai ketua kumpulan vizard tersebut.

Kebolehan[sunting | sunting sumber]

Hirako Shinji bertopeng hollow.

Dalam sebarang pertarungan, golongan vizard menggunakan kuasa hollow mereka untuk menguatkan tahap kemampuan mereka sebagai shinigami, memberi mereka bantuan tambahan dari segi kelajuan, stamina dan kekuatan. Mereka juga mampu melakukan teknik-teknik hollow asas, misalnya seperti letusan cero. Kecederaan badan juga boleh diketepikan semasa memakai topeng mereka, seperti yang dipamerkan oleh hollow Ichigo yang belum stabil.

Zanpakutō vizard berfungsi dalam cara yang serupa dengan shinigami biasa; tetapi, tiada seorang daripada merekapun yang pernah mempamerkan tahap-tahap lepasan mereka dalam pertarungan setakat ini, kecuali Ichigo dan Kensei. Golongan vizard lebih menggemari kuasa hollow mereka daripada kuasa shinigami mereka. Golongan vizard mengawal sepenuhnya pergerakan dan segala yang dilakukan mereka apabila topeng itu disarungkan, tidak seperti tahap transformasi Ichigo yang tidak stabil sebelum ini. Seperti yang dikatakan Aizen, apabila kedua-dua entiti ini bercantum, shinigami yang lebih handal daripada kedua-dua bahagian akan dilahirkan.

Vizard[sunting | sunting sumber]

Terdapat lapan orang vizard selain daripada Kurosaki Ichigo; lima daripadanya adalah lelaki dan tiga daripadanya perempuan. Tiga ahli vizard bertutur dialek kansai-ben, yang ditutur penduduk di Osaka dan Kyoto.

Hirako Shinji

Shinji ialah seorang vizard lelaki dengan rambut perang. Dia mula-mula muncul selepas babak Bount dalam animenya sahaja. Shinji bertutur dialek Jepun yang dikenali sebagai Kansai-ben. Shinji juga mempunyai lidah yang ditindik dengan sebentuk cincin, meskipun bukan sekadar cincin lidah biasa. Perwatakan Shinji selalunya lebih kepada adegan-adegan lucu, menambah persekitaran yang lucu dalam situasi-situasi yang selalunya serius. Walaupun dia boleh bersifat kelakar, sikapnya berubah serta merta sebaliknya jika sesuatu situasi itu mengundangnya.

Sarugaki Hiyori
  • Sarugaki Hiyori, 猿柿 ひよ里 - Disuarakan oleh: Reiko Takagi

Hiyori merupakan seorang gadis kecil, berambut perang dan panas baran. Dia berambut tocang dan seringkali memakai pakaian senaman merah (yang bercorakkan kanji nama pertamanya). Dia juga mempunyai taring kecil di bahagian kiri mulutnya. Hiyori gemar membuli Shinji, seringkali dengan menamparnya dengan seliparnya. Topeng hollow Hiyori berupa seperti badak sumbu, dengan satu tanduk yang jelas di tengah-tengah dahinya. Dia telah mengambil masa yang paling lama untuk mengalahkan hollow dalamannya dikalangan vizard yang lain (kecuali Ichigo, yang mempunyai rekod masa yang hampir sama dengannya), direkodkan selama 69 minit dan 2 saat.

Ushōda Hachigen
  • Ushōda Hachigen, 有昭田 鉢玄 - Disuarakan oleh: Takashi Nagasako

Seorang vizard yang bersaiz terbesar dikalangannya, Hachigen berpakaian tuksedo dan mampunyai corak tengkorak dan tulang bersilang pada rambut merah jambunya. Dia selalunya digelar Hachi (ハッチ, kadang-kala diterjemah sebagai 'Hutch'), namun nama sebenarnya ialah Hachigen. Dia merupakan pakar dalam sihir ikatan, disebabkan dia selalu ditugaskan mencipta pagar pelindung bagi kegunaan rakan-rakannya. Dia juga kelihatan mempunyai kuasa yang serupa dengan Inoue Orihime, dan dia juga mampu menyembuh kecederaan yang dialami Tsubaki, di atas sebab kuasa Orihime sendiri yang tidak mencukupi untuk membantu.

Yadōmaru Risa
  • Yadōmaru Risa, 矢胴丸 リサ - Disuarakan oleh: Kanako Hattori

Lisa ialah seorang gadis bercermin mata dengan rambut panjang berwarna hitam. Dia memakai pakaian sailor fuku. Dia mudah berasa terganggu dan sebenarnya gemar membaca manga (khususnya, manga Josei). Dia mempunyai sifat ambidekstrus namun bukan kidal, pada mulanya memegang zanpakutōnya dengan tangan kiri (seperti Madarame Ikkaku) dan beralih menggunakan tangan kanannya apabila bertempur dengan Ichigo.

Muguruma Kensei
  • Muguruma Kensei, 六車 拳西 - Disuarakan oleh: Tomokazu Sugita

Kensei kelihatan seperti seorang remaja dengan rambut pendek berwarna kelabu ringan. Dia memakai jersi dan seluar kargo dengan kasut but. Berlawanan dengan vizard yang lain, Kensei bersifat lebih serius. Zanpakutō Kensei, apabila pertama kalinya dilihat dalam manga, mempunyai hulu berbentuk segi empat seperti bentuk 'H'. Lepasan tahap pertamanya mengecutkan bilahnya sehingga berbentuk seperti pisau tentera. Dalam bentuk ini, Kensei menunjukkan kebolehannya untuk membina dan menembak tenaga-tenaga daripada pisaunya.

Love
  • Love (羅武(ラヴ)[5][6], Ravu) - Disuarakan oleh: Tetsu Inada

Love ialah seorang lelaki tinggi bercermin mata hitam, berambut jenis afro dan memakai pakaian senaman. Dia seringkali bersifat tenang dan relaks, membaca majalah Shōnen Jump ataupun salah satu daripada manga erotik Lisa dalam masa lapangnya. Dia dan Rose kelihatan seperti rakan karib. Hulu zanpakutō's Love mempunyai bentuk hati, dan dia membawa sarungnya pada sebuah touju yang tergantung daripada bahunya seperti beg galas.

Rose
  • Rose (ローズ, Rōzu) - Disuarakan oleh: Shouto Kashii

Rose ialah seorang lelaki bersifat keperempuanan dengan rambut panjang berwarna perang dan baju berjumbai. Dia kelihatan menggemari muzik kerana dia pernah bercakap dengan Love tentang sebuah single baru seorang artis dan pernah dilihat bermain atau menala gitar. Rose berasa gembira akan berita kewujudan seseorang yang mempunyai kuasa yang serupa dengan seorang vizard. Dia juga merupakan salah seorang daripada ahli yang bersifat lebih tenang dan bernas di kalangan kumpulannya disebabkan komennya tentang Orihime yang sedang kepada Hachi, meskipun dia berasa terganggu apabila Love mula menceritakan kisah-kisah dalam manga kepadanya. Hulu zanpakutōnya berbentuk berlian dengan permukaan melengkung. Sarung zanpakutō Rose berkerakkan berlian.

Mashiro
  • Mashiro () - Disuarakan oleh: Akemi Kanda

Mashiro kelihatan seperti seorang gadis yang aneh, berpakaian sut tubuh putih berserta gogal pada rambut hijaunya. Gaya keseluruhannya merupakan kenangan kepada pakaian yang digunakan oleh perwira-perwira tokusatsu pada lewat 1950-an pada televisyen Jepun, mungkin untuk menonjolakn kontras di antara umurnya dan paras rupa mudanya. ia mampu mengawal topeng hollownya selama lima belas jam dalam percubaan pertama untuk mengawal hollownya, justeru dia tidak perlu berlatih seperti vizard yang lain. Dia seringkali memanggil Ichigo Berry-tan, yang bermaksud "strawberri", nama gelaran yang diberikannya. Apabila pertama kali bertemu dengan Inoue Orihime, Mashiro serta-merta tidak menyukainya di atas sebab dia menjengkelkannya, dan tidak memahami sikap Hachigen yang membantu Inoue.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Manga Bleach; chapter 188, page 9.
  2. ^ Manga Bleach; bab 175, halaman 10.
  3. ^ Manga Bleach; bab 253, halaman 4.
  4. ^ Manga Bleach; bab 188, halaman 13-15.
  5. ^ Manga Bleach; bab 217, halaman 7.
  6. ^ Manga Bleach; bab 222, halaman 3.