Madarame Ikkaku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Bleach
Ikkaku 1.jpg
Ikkaku Madarame
Peranan Shinigami #3 dalam Divisyen ke-11
Tarikh lahir 9 November
Zanpakutō Hōzukimaru[1]
Seiyū Nobuyuki Hiyama
Pelakon suara latar Vic Mignogna

Madarame Ikkaku (斑目 一角) ialah seorang watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach yang dicipta oleh Tite Kubo. Dia merupakan seorang shinigami berkedudukan #3 daripada Divisyen ke-11 dalam Gotei 13. Kaptennya ialah Zaraki Kenpachi. Dia menduduki tempat ke-26 dalam bancian Shonen Jump yang ketiga. [perlu rujukan]

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak yang diketahui tentang sejarah silam Ikkaku, namun Ikkaku mungkin sekali bukannya berasal daripada Divisyen ke-11 sejak menjadi seorang shinigami. Siri anime Bleach adalah lebih jelas tentang ini; Ikkaku menjadi seorang shinigami selepas mendengah bahawa Kenpachi telah menjadi seorang kapten dalam Divisyen ke-11. Apabila Abarai Renji masih di bawah pimpinan Divisyen ke-11, Ikkaku telah menjadi senpai (atau senior) kepada Renji dan telah mengajarnya teknik-teknik berlawan.

Seperti Kuchiki Rukia dan Abarai Renji, Ikkaku berasal daripada Rukongai. Pada satu masa tertentu, dia bertemu dengan Ayasegawa Yumichika dan mereka berdua menjadi kawan baik, meskipun pertemuan mereka tidak dijelaskan. Mereka kemudiannya bertemu dengan Zaraki Kenpachi dan Kusajishi Yachiru sebelum memasuki Seireitei. Kenpachi dan Ikkaku telah bertarung; kemenangan berpihak kepada Kenpachi dengan mudah meskipun dia tidak membunuhnya. Apabila Ikkaku bertanya kepada Kenpachi mengapa dia membenarkannya hidup, Kenpachi menjawab bahawa jika dia membunuh Ikkaku sekarang, dia tidak akan dapat satu lagi peluang untuk bertarung dengannya lagi. Dia juga berkata kepada Ikkaku supaya jangan mencari maut, sebaliknya menganggap dirinya bernasib baik kerana tidak dibunuh. Perjumpaan mereka merupakan sebab utama Ikkaku menetap dalam Divisyen ke-11, kerana dia ingin terus setia di bawah pucuk pimpinan Kenpachi, jika tidak dia mungkin tidak dapat menentangnya lagi.


Sinopsis[sunting | sunting sumber]

sewaktu berlawan dengan salah satu ARANKARU iaitu EDORAD.Dia telah menunjukkan BANKAI kepadanya.disebabkan itu,sebenarnya dia layak untuk menjadi kapten,mngkin disebabkan setia kepada KENPACHI ZARAKI,dia menyembunyikan bankai nya dengan berkata kepada Edorad "Jangan beritahu sesiapa saya menunjukkan bankai".

Hōzukimaru[sunting | sunting sumber]

Kemunculan dalam media lain[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Manga Bleach; jilid 10 tankōbon, halaman 162 (bab 87, halaman 3)