Kyōraku Shunsui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Bleach
Shunsui Kyoraku cosplayer at 2010 NCCBF 2010-04-18 1.JPG
Kyōraku Shunsui
Peranan Kapten shinigami Divisyen ke-8
Tarikh lahir 31 Ogos
Zanpakutō Katen Kyōkotsu
Seiyū Tidak diketahui
Pelakon suara latar Tidak diketahui

Kyoraku Shunsui merupakan salah satu dari 13 kapten shinigami dan merupakan kapten skuad 8. Leftenantnya ialah merupakan seorang shinigami perempuan yang bernama Ise Nanao.

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

Kyoraku Shunsui merupakan salah seorang kapten yang telah beratus-ratus tahun menjadi kapten bersama Kapten Unohana Retsu, Kapten Ukitake Jūshirō, dan Kapten Yamamoto-Genryūsai Shigekuni. Dia mempunyai badan yang besar dan dadanya yang berbulu tidak seperti kapten yang lain. Kyoraku juga berpakaian tidak seperti kapten yang lain, dia selalu memakai topi dan memakai kimono yang berwarna merah jambu di badannya. Beliau juga bersikap pemalas, pemabuk, dan paling suka dengan shinigami wanita dan lemah dihadapan wanita. Buktinya dia selalu mengganggu leftenantnya Ise Nanao. Rakan karib beliau adalah kapten Ukitake dari skuad 13, mereka selalu berkerjasama dari dulu lagi dan merupakan anak murid kesayangan kapten Yamamoto sehingga Yamamoto menganggap dia dan Ukitake sebagai anak kandungnya. Kyoraku juga selalu tidak mahu menggunakan kekuatan sebenarnya jika berlawan akan tetapi dia merupakan seorang kapten yang kuat dan ditakuti diantara 13 kapten yang ada. Dia juga telah menewaskan Espada no. 1 dengan tanpa menggunakan tahap Bankai zanpakutonya serta Sado Yasutora dengan mudah sekali.

Katen Kyokotsu[sunting | sunting sumber]

Kyoraku mempunyai sepasang zanpakuto akan tetapi satu zanpakutonya adalah lebih pendek dari zanpakutonya yang satu lagi. Nama zanpakutonya ialah Katen Kyōkotsu (花天狂骨, makna kasar: Bunga Syurga, Tulang Sasau ataupun Bunga dari Syurga dan Tulang Kegilaan)[21]. Pada lepasan tahap awal (shikai) dua pedangnya bertukar menjadi sepasang pedang besar. Diaktifkan dengan arahan "bunga-bungaan diganggu, dewa bunga menitiskan air mata, angin di Syurga diganggu, syaitan di Syurga tertawa" (花風紊れて花神啼き天風紊れて天魔嗤う hana kaze midarete, kashin naki, tenpū midarete, tenma warau?, ataupun "tatkala angin bungaan naik berang, dewa bunga mengaum, tatkala angin di Syurga naik berang, dewa di neraka mengejek"). Kebolehan zampakutonya adalah istimewa kerana zanpakutonya yang panjang (Takaoni) boleh mengawal angin dan sesuai jika berlawan di udara. manakala zanpakutonya yang pendek (Kageoni) merupakan pedang kegemaranya tetapi ditakutinya, ia boleh memasuki atau menusuk dimana sahaja bayang-bayang berada dan lebih sesuai digunakan apabila bertempur didarat sahaja. Tahap pelepasan akhir (Bankai) zanpakutonya tidak diketahui.