Hirako Shinji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Bleach
Shinji vizard.JPG
Hirako Shinji
Peranan Bekas Kapten shinigami Divisyen ke-5 dan Vizard
Tarikh lahir 10 November[1]
Zanpakutō Sakanade
Seiyū Tidak diketahui
Pelakon suara latar Masaya Onosaka

Hirako Shinji merupakan seorang shinigami dan salah seorang vizard. Dia juga merupakan bekas Kapten Skuad 5 dan leftenannya ialah Aizen Sōsuke.


Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

Shinji ialah seorang lelaki dengan rambut perang panjang ketika dia masih sebagai shinigami dan kemudian berambut pendek ketika menjadi vizard. Dia mula-mula muncul selepas babak Bount dalam animenya sahaja. Shinji bertutur dialek Jepun yang dikenali sebagai Kansai-ben. Shinji juga mempunyai lidah yang ditindik dengan sebentuk cincin, meskipun bukan sekadar cincin lidah biasa. Perwatakan Shinji selalunya lebih kepada adegan-adegan lucu, kebudak-budakkan, menambah persekitaran yang lucu dalam situasi-situasi yang selalunya serius. Walaupun dia boleh bersifat kelakar, sikapnya berubah serta merta sebaliknya jika sesuatu situasi itu mengundangnya. Dia sangat membenci dan ingin membalas dendam kepada Aizen Sōsuke kerana telah mengkhianatinya dan menipunya. Shinji juga bersama vizard yang lain telah membantu Kurosaki Ichigo untuk mengawal kuasa "hollow" Ichigo.

Sakanade[sunting | sunting sumber]

Zanpakuto Hirako Shinji bernama Sakanade (逆撫で) diaktifkan dengan menyebut perkataan "runtuh" (崩壊, hokai). Pada tahap pelepasan awal (Shikai) zanpakutonya akan mempunyai sebentuk cincin besar di hujung pemegang pedangnya manakala bilah pedangnya mempunyai lima lubang bulat. Kebolehan zanpakutonya ialah boleh mengawal deria kiri, kanan, bawah, dan atas lawan. Ini membuatkan pihak lawan merasakan dunia mereka adalah tunggang terbalik dan mengelirukan. Tahap pelepasan akhir (Bankai) belum lagi diketahui.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buku Watak Rasmi Bleach SOULs; halaman 140.