Pergi ke kandungan

Kusajishi Yachiru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Bleach
Yachiru berada di bahu Zaraki Kenpachi .
Kusajishi Yachiru
Peranan Leftenan shinigami daripada divisyen 11.
Tarikh lahir 3 Jun
Ketinggian 100 cm
Berat 29 kg (86 lb)
Zanpakutō Tidak diketahui
Seiyū Tidak diketahui
Pelakon suara latar Tidak diketahui

Kusajishi Yachiru merupakan leftenan dalam skuad ke-11 di bawah pimpinan Kapten Zaraki Kenpachi. Templat:Spoiler

Watak dan Perwatakan

[sunting | sunting sumber]

Kusajishi Yachiru merasal dari Rukongai yang bernama Kusajishi, ibu bapanya telah mati dibunuh semasa dia masih bayi. Setelah itu dia telah berjumpa Zaraki Kenpachi, dia tidak takut akan darah dan lalu memegang zanpakuto Kenpachi yang berdarah sambil ketawa. Bermula saat itu dia dan Kenpachi mula rapat dan Kenpachi memberi nama Yachiru kepadanya. Yachiru sentiasa berada di atas bahu Kenpachi ke mana sahaja mereka berada sampailah mereka berdua memasuki 13 Gotei Skuad. Yachiru seorang shinigami yang comel, pendek, berambut merah jambu dan suka memberi gelaran yang pelik kepada orang lain, sebagai contoh Kenpachi dipanggil "Ken-chan" dan Kurosaki Ichigo sebagai "Ichi". Yachiru suka akan membuli orang bawahannya seperti Madarame Ikkaku dan Ayasegawa Yumichika. Dia seorang yang sangat yakin kepada Kenpachi ketika Kenpachi sedang berlawan serta dia sentiasa menganggap Kenpachi akan menang dan tidak mungkin kalah. Dia seorang yang tidak suka diganggu ketika Kenpachi berlawan dan akan marah jika terus menggangu. Yachiru juga seorang shnigami yang pantas sehinggakan Ichigo tidak perasan akan kehadirannya dan sepintas lalu berada di atas bahu Ichigo. Kenpachi sangat memerlukan Yachiru sebagai pengesan kekuatan lawan dan menunjukkan arah kepada Kenpachi walaupun arah yang selalu dia tunjukkan adalah salah.

Zanpakuto

[sunting | sunting sumber]

Zanpakuto Kusajishi Yachiru adalah pendek dan dia selalu membawanya dengan memegang tali yang ada pada sarung pedangnya. Zanpakutonya berwarna merah jambu akan tetapi kuasa, nama, dan ayat untuk aktifkan zanpakutonya tidak diketahui lagi.