Aman Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aman Aziz
Nama lahirMohammed Razman bin Abdul Aziz
Kelahiran (1993-10-18) 18 Oktober 1993 (umur 27)
Berasal dariKlebang, Melaka , Malaysia
GenrePop, Balada
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2014 – sekarang

Mohammed Razman bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Aman Aziz merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop. Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Naib Juara Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014. Lagu debut nyanyiannya berjudul "Without You" yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Awi Rafael berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Bapa Aman, Encik Abdul Aziz adalah seorang pesara kerajaan, manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang mengusaha perniagaan menjahit secara kecil-kecilan. Aman adalah anak bongsu daripada 6 adik-beradik. Beliau dilahirkan di Melaka, tetapi dibesarkan di Kerinchi, Kuala Lumpur.

Aman menamatkan zaman persekolahan pada 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur. Ketika di bangku persekolahan, beliau banyak menyertai kumpulan dikir barat dan kumpulan nasyid selain bergelar Pengerusi Persatuan Pancaragam Sekolah. Aman kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang seni reka grafik di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat selama tiga tahun dengan memperolehi Diploma Seni Reka Grafik. Setelah menamatkan pengajian, Aman sempat bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur selama dua bulan sebelum mencuba nasib secara suka-suka dalam ujibakat Akademi Fantasia Musim 11. Biarpun tebal dengan sikap pemalu, bakat Aman berjaya dilihat oleh para juri, penyanyi Nurul Wahab dan pemuzik Edrie Hashim. Seterusnya beliau lulus peringkat keempat bersama guru vokal Shafizawati Sharif dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar.

Akademi Fantasia 2014[sunting | sunting sumber]

Aman bersaing dengan dua belas peserta lain berpeluang untuk memenangi musim ke-11 Akademi Fantasia. Aman merupakan satu-satunya peserta yang tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang nyanyian, malahan penglibatannya boleh dikatakan bermula dari kosong. Akademi Fantasia kali ini dikemudi oleh penyanyi rock ternama Hattan sebagai pengetua [1].

Aman kekal selamat dari penyingkiran dari minggu pertama sehingga minggu kesembilan, biarpun saban minggu menerima kritikan yang agak keras daripada pengkritik tetap Ramli M.S. dan Raja Azura. Masalah utama Aman ketika itu adalah akibat kekurangan pengalaman beraksi di pentas besar, dia terpaksa mengharungi kepayahan untuk membuat persembahan dengan yakin dan konsisten gara-gara perasaan gemuruh dan malu yang menebal selain sering mendapat lagu yang tidak sesuai dengan vokalnya. Biarpun begitu, undian terhadap Aman tetap tinggi kerana semangat ingin belajar , tidak merungut, mempunyai kesabaran yang tinggi dan disiplin yang kuat ditonjolkan di dalam diari hingga meraih sokongan penonton dan mendapat pujian daripada guru vokal Siti Hajar dan guru komunikasi dan Bahasa Inggeris, Fatimah Abu Bakar. Pada akhir konsert akhir, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua mengalahkan 3 finalis lain dan berada di belakang juara Firman Bansir dari Sabah [2]. Kemenangan ini nyata mengejutkan ramai pihak namun Aman bukan saja berjaya menebus kesangsian itu apabila persembahan konsert akhirnya menunjukkan peningkatan yang drastik malahan lagu debutnya, "Without You" meraih perhatian positif pendengar [3].

Persembahan di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Minggu Lagu Tugasan Penyanyi Asal Keputusan
Minggu Pengenalan "Andai Ku Tahu" Kumpulan Ungu Kekal
Minggu 2 "More Than Words" Kumpulan Extreme Kekal
Minggu 3 "Hanya Kau Yang Mampu" Aizat Amdan Kekal
Minggu 4 "Tak Pernah Berjumpa" Kumpulan Forteen Kekal
Minggu 5 "PadaMu Ku Bersujud" Afgan Syah Reza Kekal
Minggu 6 "Itu Kamu" Kumpulan Estranged Kekal
Minggu 7 "Tiada Kata Secantik Bahasa" P. Ramlee Kekal
Minggu 8 (Suku Akhir) "Kasih Latifah"
"Ku Merindu" (duet Nina Nadira)
Kumpulan Spider
Ella & Shah
Kekal
Minggu 9 (Separuh Akhir) "Sedetik Lebih"
"Kalau Cinta" (duet Masya)
Anuar Zain
Aliff Aziz & Joanna
Kekal
Konsert Akhir "Mewangi"
"Without You"
Akim Ahmad
Lagu Baru ciptaan Awi Rafael
Naib Juara

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2014 "Without You" AF2014 Hits


Video Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Akaun Youtube
2014 "Without You" Astro Gempak


Konsert/Jejalah/Program TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Saluran
2014

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]