Ramli M. S.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ramli M.S.)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Ramli M.S.
Kelahiran
Ramli bin Mohd Salleh

(1958-11-17) 17 November 1958 (umur 62)
WarganegaraSingaporean
Nama lainTok Ram
PekerjaanPemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon
Tahun aktif1980–kini
Pasangan
  • Jennifer Thompson
    (k. 1988; c.)
  • Alyah
    (k. 2013)
Anak
  • Najee Ramli
  • Nadiah Ramli

Dato' Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli M. S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau sangat terkenal dengan ketegasan dan disiplinnya semasa bekerja. Meskipun begitu, di luar waktu bekerja, keperibadian beliau lebih kepada seorang yang suka bergurau.

Pada tahun 1988, beliau melangsungkan perkahwinan bersama isteri pertamanya, Jennifer Thompson dan mereka berdua telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Namun usia perkahwinan mereka tidak panjang.

Pada 18 Mac 2013, beliau telah menikahi penyanyi Alyah di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan mereka selama setahun lima bulan sebelum diketahui oleh media.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS yang dilahirkan pada tahun 1958 ialah seorang maestro muzik kelahiran Geylang, Singapura. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ram tidak berpendidikan tinggi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai buruh binaan seawal usia 8 tahun bagi membantu keluarga.

Dek kerana minat beliau terhadap bidang muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni. Beliau mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Mat Bond Malaya Ejen 3 Penampilan khas

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2020 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Penampilan kameo, episod: "Dipenjara Kasih"

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Beliau cukup sinonim dengan hasil karyanya sebagai penggubah lagu serta pernah 3 kali memenangi anugerah AIM untuk kategori Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik.[perlu rujukan]
  • Pada tahun 2009, album nyanyian Misha memenangi anugerah Album Pop Terbaik yang mana ia ialah kerjasama Ramli sebagai penerbit eksekutif.[perlu rujukan]
  • Beliau pernah memimpin sebuah konsert berskala mega yang dijayakan oleh Slam, Slam Live Concert Unplugged pada 3 Ogos 1996.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (5 September 2014). "Lewat Daftar Nikah: Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-07. Dicapai pada 25 September 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]