Akim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Afiq Hakim Ahmad)
Lompat ke: pandu arah, cari
Akim Ahmad
Akim-ahmad.png
Akim Ahmad pada 2014
Kelahiran Afiq Hakim bin Ahmad
(1991-01-18) 18 Januari 1991 (umur 26)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Nama lain Akim, Hang Nadim
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon, Model Iklan, Komposer
Tahun aktif 2009 – kini
Pasangan Stacy (berkahwin 2016)
Anak Bella (anak angkat)
Eshaal Binti Afiq Hakim
Saudara Mat Mega (bapa saudara)
Sofie S (bapa saudara)
Kerjaya muzik
Genre Pop, pop rock, balada
Instrumen Vokal
Label Astro Entertainment
Kegiatan berkait Stacy Anam, Akim & The Majistret

Afiq Hakim bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim Ahmad (lahir 18 Januari 1991) adalah merupakan penyanyi utama yang terkenal di Malaysia dan juga salah seorang bekas pelajar daripada program rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia musim ketujuh. Beliau juga merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie S dan pemain bass kumpulan rock 90-an iaitu Mat Mega yang terkenal dengan lagu Bayangan Gurauan dan Takdir Dan Waktu. Beliau juga berasal dari daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Namun kini, beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kelab peminat Akim telah diberi nama Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM). Beliau sekarang sedang aktif bersama band beliau iaitu Akim & The Majistret.

Pada 5 Februari 2016, Akim telah bernikah dengan pilihan hatinya iaitu penyanyi Stacy Anam selepas Stacy memeluk Islam. Mereka mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015. Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Kota Kinabalu.

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim ketujuh dan beliau adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi musim ketujuh bersama Hafiz, Aril, Yazid dan Isma. Pada 16 Mei 2009, beliau telah dinobatkan selaku pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia Musim 7.

Nyanyian[sunting | sunting sumber]

Setelah keluar dari Akademi Fantasia, Akim popular dengan single pertamanya iaitu "Bengang" dan telah memenangi Most Downloaded Song Award dari Hotlink semasa AJL24 yang lalu. Kini single ke-2 beliau ciptaan sendiri telah pun keluar yang berjudul "Inilah Cinta" dan lagu tersebut telah menjadi lagu tema untuk iklan Wall's Cornetto dengan tema Take A Chance Show Your Love. Akim juga telah mengeluarkan 'single'nya yang ke-3 iaitu "Janji" yang dicipta oleh dirinya sendiri dan menjadi OST drama di TV3, Begitukah Cinta slot Akasia.

Lagu-Lagu Akim[sunting | sunting sumber]

  1. Bengang (2009)
  2. Kau dan Aku - duet bersama Mila OST Kau dan Aku (2009)
  3. Kisah Kita Berdua - duet bersama Mila dan Aril OST Kau dan Aku (2009)
  4. Kita Pasti Menang - duet bersama Aril OST Kau dan Aku (2009)
  5. Juara - duet bersama 5 Ikon Remaja (Iklan Brands Generasi Hebat) (2009)
  6. Jumbo Gajah Biru - duet bersama Mila OST Jumbo Gajah Biru (2010)
  7. Inilah Cinta (2010)
  8. Menunggu (Sumpah) (2010)
  9. Rindu Yang Telah Pergi - duet bersama Black & AG (Lagu Raya) (2010)
  10. Salam Lebaran - duet bersama Various Artists (Lagu Raya) (2010)
  11. Kau Ku Temu - duet bersama Aril, Anith Aqilah dan Hafiz OST Kau dan Aku 2 (2010)
  12. Bawa Kau Pergi OST Kau dan Aku 2 (2010)
  13. Usah Resah OST Kau dan Aku 2 (2010)
  14. Kau Ilhamku (Cover lagu Man Bai) OST Kau dan Aku 2 (2010)
  15. Untukmu - duet bersama Hafiz dan Aril OST Kau dan Aku 2 (2010)
  16. Jahatnya Cinta - duet bersama Stacy menjadi lagu tema Cornetto (2011)
  17. Janji (2011)
  18. Warkah - duet bersama Aril, Hafiz & Aznil Nawawi (Lagu Raya) (2011)
  19. Bayangan Ilham - duet bersama Nera, Ray & Ira (Lagu Raya) (2011)
  20. La La La - duet bersama Adira OST Elly & Epit (2011)
  21. Mesti Ada Cinta - duet bersama Fiq (2012)
  22. Hoore! Hoore! - duet bersama Nurfarah dan Kilafairy (Cover lagu Sudirman) OST Hoore! Hoore! (2012)
  23. Merisik Khabar - duet bersama Nurfarah (Cover lagu Sudirman) OST Hoore! Hoore! (2012)
  24. Daya Cinta (2012)
  25. Kembali - duet bersama Stacy OST Cinta Itu Milikku (2012)
  26. Seandainya OST Sepah the Movie (2012)
  27. Menunggu (2013)
  28. Popstar - duet bersama Daiyan Trisha Lagu Tema Ceria Popstar (2013)
  29. Dunia & Syurga (2014)
  30. Mewangi - Akim & The Majistret (2014)
  31. Jika Pedih OST Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (2014)
  32. Potret - Akim & The Majistret (2015) (Pemenang AJL30)
  33. Berdua Sahaja - duet bersama Soo Wincci (2015)
  34. Obses - Akim & The Majistret (2015)
  35. Hanya Padamu - Akim Ahmad ( Solo )(2016)
  36. Lygophobia - Akim & The Majistret (2016)
  37. Rentak Bahagia - duet bersama Stacy (2016)


Pada tahun 2012, Akim telah melancarkan album sulungnya yang bertajuk 'Akim Ahmad' yang memuatkan 10 buah lagu iaitu Inilah Cinta, Daya Cinta, Bengang, Mesti Ada Cinta duet bersama (Fiq), Menunggu, Tentang Dia, Janji, Yang Nyata, Dunia & Syurga dan Kembali duet bersama (Stacy).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album solo
Album bersama The Majistret

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Selain bakat beliau dalam bidang nyanyian, Akim juga pernah diundang untuk berlakon dalam beberapa drama terbitan ASTRO. Akim terlebih dahulu muncul di kaca TV menerusi lakonan pertama beliau yang digandingkan bersama penyanyi Mila Jirin iaitu drama berjudul Kau & Aku terbitan ASTRO Ria. Selain itu, Akim juga muncul menerusi drama mini pada Oktober 2010 dan bergandingan bersama pelakon remaja Juliana Evans iaitu drama Inilah Cinta, yang dipetik daripada single Akim.

Seterusnya, Akim juga diberi kesempatan untuk memberi peluang berlakon dalam drama terbitan Slot Zehra di TV3 iaitu drama berjudul Kampung Girl, drama yang diadaptasikan daripada novel tersebut. Beliau juga mengambil watak utama di samping gandingan bersama dengan pelakon Nad Zainal. Drama itu telah mencapai lebih daripada 4 juta penonton kerana gandingan mereka yang serasi. Atas permintaan ramai, mereka akhirnya muncul menerusi telemovie drama sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu Kampung Girl Raya yang dipaparkan di TV3 pada pertengahan tahun 2014.

Drama[sunting | sunting sumber]

Telemovie[sunting | sunting sumber]

  • Saham Neraka
  • Dua Dalam Satu
  • Abang Long Vs Kak Yong
  • Kampung Girl Raya (2014)
  • OMG Ke Laut (2014)
  • Kifarah ( Sakat ) - Episod 5 (2014)

Filem[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Akademi Fantasia Musim ke-7 Tempat Ketiga Akim Menang
2010 Anugerah Juara Lagu ke-24 Finalis Bengang Dicalonkan
Lagu Muat Turun Terlaris Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 Artis Baru Lelaki Popular Akim Dicalonkan
Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Hoore! Hoore! Dicalonkan
Anugerah Industri Muzik ke-20 Rakaman Album Terbaik Akim Ahmad Dicalonkan
2014 Anugerah MeleTOP Era[1] Penyanyi MeleTOP Akim Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama Stacy) Menang
Anugerah MACP[2] Anugerah Komposer Muda Berpotensi Menang
Anugerah Industri Muzik ke-21[3][4][5][6] Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu Mewangi Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era Lagu MeleTOP Era Menang
Penyanyi MeleTOP Akim Dicalonkan
Grup / Duo MeleTOP (bersama The Majistret) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Penyanyi Lelaki Popular Menang
Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama The Majistret) Menang
Anugerah Melodi Artis Lelaki Pilihan Dicalonkan
Artis Dinamik Dicalonkan
2016 Anugerah MeleTOP Era Grup / Duo MeleTOP (bersama The Majistret Akim Menang
Anugerah Juara Lagu Ke-30 Juara Potret Menang
Anugerah Melodi 2016 Personaliti Muzik Melodi Akim Ahmad Dicalonkan
Personaliti Pasangan Sensasi Melodi Akim & Stacy Menang

Pengacaraan & Komedi[sunting | sunting sumber]

  • Menyertai Liga Lawak Superstar TV3 musim pertama dan menjadi juara dalam kumpulan OMG bersama Anas Ridzuan
  • Hos Mencari Ramli TV3 Musim kedua
  • Hos Mencari Ramli TV3 Musim ketiga
  • Hos rancangan bual bicara #KedaiGunting TV9

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Penuh Calon Top 5 Anugerah Meletop Era. gua. 16 JAN 2014, 07:39PM.
  2. ^ Akim Ungguli Anugerah Komposer Muda Berpotensi MACP. mStar. Isnin, 24 November 2014 - 9:25 AM.
  3. ^ Siti Nurhaliza Terima Pencalonan Terbanyak AIM 21. mStar. Rabu, 22 Oktober 2014 - 10:59 AM.
  4. ^ Senarai Penuh Top 5 Pencalonan Anugerah Industri Muzik AIM 21. Sensasi Selebriti (budiey). 22 OCT, 2014.
  5. ^ 'No More' cipta sejarah di AIM21, Siti raih trofi ke-12 vokal terbaik. Astro Awani. Disember 07, 2014 11:10 MYT.
  6. ^ Senarai Penuh Keputusan Anugerah Industri Muzik ke-21. Sensasi Selebriti (budiey). 7 DEC, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]