Amin Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Amin Idris
Kelahiran (1981-04-04) 4 April 1981 (umur 40)
Nama lain
PendidikanDiploma Syariah dan Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PekerjaanPendakwah bebas, pengacara, penulis, perunding motivasi, personaliti media
Tahun aktif2002–kini

Amin Idris (lahir 4 April 1981) merupakan seorang pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas Malaysia.[3] Beliau terkenal dengan mengacarakan rancangan televisyen keagamaan. Selain itu, beliau juga telah mengarang beberapa buku yang kebanyakkannya berkonsepkan perihal kepemimpinan remaja.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Amin Idris dilahirkan pada 4 April 1981 di Sibu, Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Beliau merupakan graduan dalam Diploma Syariah dan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling di universiti sama.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai penulis skrip dan kandungan di TV Pendidikan dan pernah menjadi penyampai rancangan Motivasi Pagi di TV AlHijrah dan Radio IKIM. Amin juga pernah menggalas peranan sebagai penyampai klip motivasi bahasa Inggeris di TraXX FM.

Sebagai pengacara televisyen, beliau telah mengacarakan beberapa rancangan TV di TV Alhijrah termasuk Assalamualaikum, Pentas Dakwah, Bicara, Apakah Maqasid Syariah? dan Zakat Berbakti. Amin mula dikenali umum semasa mengacarakan rancangan Tazkirah Malam Jumaat yang bersiaran di Astro Oasis, beliau menerima pencalonan bagi kategori Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019. Selain itu, Amin juga mengemudi rancangan TV khas siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Amin juga berjinak-jinak dalam kerjaya nyanyian apabila merakamkan semula lagu "Fikirkan Boleh" bersama Al-Manna, nyanyian asal kumpulan Metropolitan dengan diberi nafas baharu.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Amin mempunyai minat mendalam terhadap watak adiwira Marvel, Iron Man dan telah mengumpul koleksi istimewa Iron Man termasuk koleksi peribadi sut lengkap.[6]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sekitar April 2020, berlaku konflik antara Amin dan Ustaz Abu Syafiq apabila beliau memuatnaik status di media sosial yang melibatkan isu dengan penceramah bebas, Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan maruah Abu Syafiq sehingga beliau mengambil tindakan.[7][8] Beliau dilaporkan enggan minta maaf dan enggan membayar ganti rugi RM1 juta kepada Abu Syafiq.[9][10]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Hos MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Amin Idris a.k.a. Abid Abdullah". PTS Media Group. Dicapai pada 22 Januari 2020.
  2. ^ Norhayati Nordin (8 Mac 2018). "Itu semua penghargaan". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mac 2018 – melalui KLIK.
  3. ^ Mohd Nasif Badruddin (14 Ogos 2016). "Pegang visi pengacara berilmu". Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2018.
  4. ^ Norhayati Nordin (18 Mac 2018). "Mahu tinggal nama baik". Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  5. ^ Mohd Al-Faizal Abd Karim (27 Januari 2018). "Amin Idris terjun bidang nyanyian". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 18 Jun 2018. Dicapai pada 27 Januari 2018.
  6. ^ Norhayati Nordin (6 Mac 2018). "Digelar Iron Man Malaysia pun OK". Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2018.
  7. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Jun 2020). "Cakap kosong saja ke..." Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  8. ^ "Surat terbuka kepada Amin Idris". Harakah Daily. 10 September 2020. Dicapai pada 10 September 2020.
  9. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 April 2018). ""Saya takkan minta maaf dan takkan bayar RM1 juta" - Amin". Harian Metro. Dicapai pada 19 Mei 2020.
  10. ^ Budiey (29 April 2020). "Amin Idris lawan saman RM1 juta Abu Syaffiq di mahkamah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]