Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 atau Anugerah DFKL 2014 merupakan sebuah majlis penganugerahan tahunan sempena program Drama Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad[1]. Ia diadakan pada Ahad, 22 Februari 2014, jam 9 malam bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Majlis diacarakan oleh pelawak Sherry Alhadad dan Zulin Aziz dan dipancarkan secara langsung di stesen TV3.

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) menampilkan Berita Harian dan New Straits Times sebagai Rakan Media, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Tonton dan Veedo selaku Rakan Digital. Peminat juga dimaklumkan melayari laman web rasmi Media Prima dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #DramaFestKL bagi untuk menghangatkan lagi bahang.

Drama Festival Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Program seminar dan kursus anjuran Media Prima diadakan selama dua hari di Hotel Berjaya Times Square bermula pada 20 hingga 21 Februari 2014. Ia dianjurkan bagi meningkatkan lagi mutu penerbitan drama bersiri dan telefilem Melayu di kaca televisyen tempatan. Program ini berjaya menarik ratusan peserta yang terdiri daripada penulis, pengarah, dan pelakon baharu yang berminat menerokai industri penerbitan drama di Malaysia.

Jelajah Pra-DFKL[sunting | sunting sumber]

Antara pengisan festival ini adalah dengan dimulakan oleh sesi jelajah kampus yang disertai oleh pelakon terkenal Rosyam Nor bersama penggiat industri Ahmad Idham dan Azma Aizal Yusof. Jelajah yang sama juga memberi penerangan lanjut kepada pelajar universiti mengenai peluang kerjaya di bidang perfileman dan televisyen selain membuka peluang kepada mereka menyertai pertandingan filem pendek yang turut dimuatkan dalam Anugerah DFKL 2014[2].

Berikut adalah lokasi jelajah DFKL 2014;-

  • 2 Disember 2013 : Universiti Teknologi Mara Shah Alam and Universiti Selangor
  • 4 Disember 2013: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan and Universiti Putra Malaysia
  • 6 Disember 2013: Kolej Universiti Shahputra and Kolej Antarabangsa
  • 10 Disember 2013: UiTM Lendu, Malacca and Universiti Multimedia Melaka
  • 12 Disember 2013: Universiti Tun Hussein Onn, Johor, and Universiti Teknologi Malaysia Johor
  • 16 Disember 2013: Universiti Sains Malaysia, Penang.

Seminar Pengarahan, Senilakon dan Penulisan DFKL[sunting | sunting sumber]

DFKL 2014 mendapat sokongan yang amat padu daripada para karyawan yang teruja untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang mereka bergiat dalam industri hiburan dalam sesi bengkel selama dua hari yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Februari 2014 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur[3]. Antara selebriti dan karyawan yang terlibat dalam sesi bengkel pada tahun ini adalah:

Penjurian[sunting | sunting sumber]

Undian secara dalam talian telah dibuka pada 1 Januari 2014 bagi setiap penyertaan dan lima buah drama pendek yang menerima undian tertinggi mara ke peringkat seterusnya yang akan diadili oleh juri profesional. Pemenang diumumkan pada kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur pada 22 Februari 2014[4].

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014[sunting | sunting sumber]

Buat pertama kali stesen televisyen TV3 dan TV9 bergabung untuk menganjurkan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang berlangsung pada 22 Februari 2014 jam 8 malam. Malam Gala Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur dihoskan oleh dua orang pelawak Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

Senarai Siri Drama yang bertanding[sunting | sunting sumber]

(Drama, slot)

  • Ruby (Samarinda)
  • Diandra (Lestary)
  • Karlos (Aksi)
  • Sebenarnya Saya Isteri Dia (Zehra)
  • Janji Shirah (Zehra)
  • Love You Mr. Arrogant (Akasia)
  • Janji Adam (Azalea)
  • Dalam Setiap Sujud (Ratu)
  • 6 Progresif (Aurora)
  • Puteri Malam (9X)

Senarai Calon & Pemenang[sunting | sunting sumber]

Nama-nama pemenang terletak di atas setiap senarai dan berhuruf tebal.

Drama Pilihan Pengarah Drama Pilihan
  • "Love You Mr Arrogant" (Karya Seni Studio)
    • "Diandra" (Asia Media Content)
    • "Karlos" (Neon Production Sdn Bhd)
    • "Ruby" (Metrowealth)
    • "Sebenarnya Saya Isteri Dia" (Karya Seni Studio)
  • Raja Ahmad Alaudin - "Sebenarnya Saya Isteri Dia"
Pelakon Drama Lelaki Pilihan Pelakon Drama Wanita Pilihan
  • Nur Fathia - "Diandra"
Hero-Heroin Drama Pilihan Barisan Pelakon Drama Pilihan
Penulis Skrip Drama Pilihan Drama Pendek Pilihan
  • Mufid Suhaimi- "Dalam Setiap Sujud"
    • Izan - "Sebenarnya Saya Isteri Dia"
  • "Singh Susu" - Azmir Affandi
    • "Kawan" - Wesley Tan
    • "Kertas" - Muhammad Hamdan

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Penyampai Piala[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-25.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-25.
  3. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
  4. ^ http://www.budiey.com/anugerah-drama-festival-kuala-lumpur/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]