Bekaba (album)
Bekaba ialah album studio kesembilan oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Album ini dikeluarkan pada 23 Ogos 1999, oleh Suria Records, album ini dikeluarkan tujuh bulan selepas keluaran album duet bersama penyanyi Siti Nurhaliza iaitu Seri Balas (1999).
| Bekaba | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 23 Ogos 1999 | |||
| Dirakamkan pada | Februari - Julai 1999 | |||
| Studio | Pro Recording Studio | |||
| Genre | ||||
| Panjang | 57:44 | |||
| Syarikat | Suria Records | |||
| Penerbit |
| |||
| Kronologi Album studio Noraniza Idris | ||||
| ||||
| Kronologi Album Noraniza Idris | ||||
| ||||
| Single daripada Bekaba | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
| Penarafan profesional | |
|---|---|
| Markah ulasan | |
| Sumber | Taraf |
| Discogs | |
Bekaba mempertaruhkan single "Tinting" sebagai single pertama untuk album ini. Lagu hasil ciptaan Pak Ngah yang berkonsepkan hadrah itu berjaya menambat hati pendengar muzik tanah air. Sekaligus Noraniza berjaya mengumpul peminatnya lebih ramai. Lagu Tinting membawa tuah membersamai single kedua "Ngajat Tampi" lagu yang berkonsepkan ngajat apabila layak bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Noraniza Idris masih menggunakan konsep lagu yang sama. Kata Noraniza, dia tetap dengan irama Melayu tradisional. Mungkin kerana jiwa dia sudah sebati dengan alunan irama tersebut. Ketika ditemui sesi fotografi di studio Utusan, Noraniza menyatakan bahawa dia tidak akan merasa bosan dengan irama tersebut. Bagi dirinya, perkataan bosan itu tidak pernah timbul tetapi apa yang diinginkan adalah memastikan lagu-lagu Melayu tradisional terus popular.
Noraniza berkata, masih banyak irama Melayu tradisional yang belum diterokai. Dia ingin menerokai dan seterusnya mempopularkan irama tersebut. Dalam album terbaru ini Noraniza berpeluang meluahkan apa yang diingininya sebelum ini, khususnya dalam memartabatkan irama tersebut. Peluang ini memberikan dia keyakinan. Apa tidaknya, dia berkesempatan meluahkan apa yang dia inginkan dalam mengangkat irama tradisional. Malah dengan peluang ini juga Noraniza turut berkeyakinan album ini lebih memuaskan hati peminatnya. Bukan hanya kerana penerbitnya mempunyai pengalaman yang luas tetapi juga materialnya yang sememangnya cukup bagus. Oleh itu tidak hairanlah jika untuk album kali ini ia tampilkan irama ngajat, zapin hanuman dan hadrah yang diselitkan dengan rentak masa kini. Noraniza tetap menyelitkan dengan rentak moden. Tetapi keasliannya tetap terpelihara. Penyelitan itu cuma untuk menyedapkan lagi bila didengar.
Ringkasan album
[sunting | sunting sumber]Bekaba ini hasil daripada eksperimental beliau yang mana beliau mahu menerokai semua kekayaan budaya tradisional yang belum diterokai sebelumnya, yang mana banyak yang perlu dikembangkan dan dipopularkan kepada orang ramai dimana ini mencakup lebih banyak elemen-elemen budaya tradisional di Malaysia bahkan lagu yang menjadi hit disini iaitu berkonsepkan hadrah "Tinting" dan bunyian dayak, ngajat dan iban "Ngajat Tampi" dimuatkan dalam album ini.
Menerusi album ini memuat pelbagai banyak elemen tradisional yang jauh lebih dikenal luas daripada album beliau sebelumnya dimana bukan hanya ghazal, zapin dan joget hingga bunyian alunan asli Melayu sahaja tetapi seperti lagu-lagu yang konsepnya hadrah, dayak, ngajat, iban, hingga bunyian pribumi timur pun juga ada dalam album ini. Dua-duanya lagu hit ini iaitu "Tinting" dan "Ngajat Tampi" juga bertuah sekali buat beliau apabila kedua lagu ini berjaya mara berentap ke Anugerah Juara Lagu 2000.
Album ini memuat 10 lagu pop etnik utama beliau yang mana album ini seperti album beliau sebelumnya, Masyhur beliau memuat lagu tradisional "Kisah Barat" sebagai lagu pembuka atau introduksi untuk album ini dan juga pada trek terakhir disediakan lagu versi karaoke atau minus one untuk lagu "Tinting". Album ini juga berjaya terjual melebihi 50,000 unit dan sekali lagi meraih Anugerah Platinum Berkembar 1 kali di Malaysia melalui Carta RIM empat kali berturut-turut selepas album Ala Dondang (1997), Masyhur (1998), dan album duet Seri Balas (1999).
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]| No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1. | "Kisah Barat" (Introduksi) | Hairul Anuar Harun | Tradisional Makyong | 3:50 | ||||||
| 2. | "Tinting" | Hairul Anuar Harun | Pak Ngah | 5:29 | ||||||
| 3. | "Ngajat Tampi" | Siso | Rosli Selasih | 4:44 | ||||||
| 4. | "Panji Sumandak" | Tok Wan | To'ki | 5:57 | ||||||
| 5. | "Sapta" | Hairul Anuar Harun | Manan Ngah | 4:07 | ||||||
| 6. | "Selat Tebrau" | Ahmad Jusoh | Ahmad Jusoh | 4:26 | ||||||
| 7. | "Joget Si Kaduk Junjung" | Raja Kobat | Raja Kobat | 4:09 | ||||||
| 8. | "Laksana Dikata" | Megamutiara | Shireen Jasin Mokhtar | 5:00 | ||||||
| 9. | "Ya Kasih" | To'ki | 5:20 | |||||||
| 10. | "Sang Puteri" | Siso | Rosli Selasih | 4:10 | ||||||
| 11. | "Si Nara" | Hairul Anuar Harun | Pak Ngah | 4:36 | ||||||
| 12. | "Tinting" (Minus One) | Hairul Anuar Harun | Pak Ngah | 5:29 | ||||||
| Jumlah masa: 57:44 | ||||||||||
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah senarai tenaga kerja dalam pembuatan album studio kesembilan Noraniza Idris, Bekaba berasaskan daripada sampul album beliau.[1]
|
|
Label syarikat
[sunting | sunting sumber]- Syarikat rakaman - Suria Records Sdn. Bhd.
- Diedarkan (1) - Suwah Enterprise (M) Sdn. Bhd.
- Diedarkan (2) - Suwah Records Pte. Ltd.
- Hak Cipta Fonografi ℗ - Suria Records Sdn. Bhd.
- Hak Cipta © - Suria Records Sdn. Bhd.
- Dirakam - Pro Recording Studio
Kedudukan carta
[sunting | sunting sumber]Album
| Carta (1999) | Kedudukan tertinggi carta |
|---|---|
| Malaysia (Carta RIM) |
6 |
Single
| Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Muzik FM | ERA FM | HOT FM | Muzik Muzik | |||||||
| 1999 | Tinting | 2 | 8 | - | 2 | |||||
| Ngajat Tampi | 4 | 11 | - | 3 | ||||||
| 2000 | Si Nara | - | - | - | - | |||||
| Panji Sumandak | - | - | - | - | ||||||
Maklumat tambahan
[sunting | sunting sumber]Bekaba berjaya dicalonkan dalam kelompok top 5 menerusi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000 (AIM7) membersamai dengan album duet, Seri Balas dan dijadikan sebagai pertama beliau dicalonkan dua album dalam kategori Album Pop Etnik Terbaik. Tetapi Bekaba tewas kepada album Seri Balas yang dimenangi oleh Noraniza sendiri bersama rakan duetnya Siti Nurhaliza. Kemudian dalam album ini mempertaruhkan single pertama dan kedua, "Tinting" dan "Ngajat Tampi", keduanya dicalonkan dalam Muzik Muzik 2000 kemudian dibawa secara langsung ke Separuh Akhir Muzik Muzik 2000 dan tiada disangka keduanya dicalonkan berentap di peringkat akhir Juara Lagu dan mencetus salah satu rekod Juara Lagu yang mana beliau boleh berentap dengan membawa dua lagu solo kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif ke Juara Lagu, dan akhirnya lagu "Ngajat Tampi" berjaya meraih 'Persembahan Terbaik' di Anugerah Juara Lagu 2000.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Penerima/Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2000 | Bekaba | Album Pop Etnik Terbaik | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Penerima/Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2000 | "Tinting" | Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik | Tercalon |
| "Ngajat Tampi" | Persembahan Terbaik | Menang | |
| Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik | Tercalon |
Pensijilan
[sunting | sunting sumber]| Negara | Pensijilan | Jualan/penghataran |
|---|---|---|
| Malaysia | 1x Platinum | 50,000 |
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]| Negara | Tahun dikeluarkan | Format | Label |
|---|---|---|---|
| Malaysia | 1999 | Kaset, CD, Album, Promo | Suria Records |
| Malaysia | 2003 | CD, Album, Terbitan semula | |
| Malaysia | 2007 | CD, Album, Terbitan semula |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Noraniza Idris - Bekaba (dalam bahasa Inggeris), 1999, dicapai pada 2026-06-26

