C. Kumaresan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari C.Kumaresan)
C. Kumaresan
குமரேசன் சின்னாயா
Kelahiran
Kumaresan a/l Chinnaya

(1974-09-09) 9 September 1974 (umur 49)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif2004–kini
Anak-anak2

Kumaresan Chinnaya (Tamil: குமரேசன் சின்னாயா; lahir 9 September 1974) merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai DSP Kumar dalam drama kepolisan Gerak Khas (2004–2011, 2014–2021).[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi siri drama kepolisan Gerak Khas, memegang watak sebagai DSP Kumar.[3] Beliau (sejak ketiadaan Angeline Tan dan Nancie Foo) ialah satu-satunya pelakon bukan Melayu bukan Islam yang berlakon dalam Gerak Khas. Selain itu, Kumaresan menduduki kerusi pengarah menerusi filem Maindhan yang ditayangkan pada Ogos 2014. Beliau juga memegang watak pembantu sebagai ASP Kumar dalam filem cereka sains 2016, Desolasi arahan Syafiq Yusof.

Dari 27 hingga 31 Ogos 2017, beliau memegang watak sebagai Suppiah dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan. Kumaresan juga memegang sebagai Murali dalam filem Dukun arahan Dain Said.

Beliau mengarahkan drama adaptasi novel karya Zulkifli Ahmad Idrus, Mata Ketiga yang memulakan tayangan perdana di Tonton pada 31 Oktober 2018, dibintangi oleh Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Che Azmi dan Dayana Roza.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

C. Kumaresan dilahirkan dan dibesarkan di Klang, Selangor. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua anak.[perlu rujukan]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Uruvam Filem pertama
2010 Undercover Rascals
2014 Maindhan Dev Juga sebagai pengarah dan penerbit
2016 Mayangaathey Aravind
Desolasi ASP Kumar
Warna Cinta Impian Pengarah aksi
2018 Dukun Murali
2019 Ennaval Deva
2022 Small Town Heroes

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah
2004−2011,
2014–2021
Gerak Khas Ya Ya DSP Kumar TV1, TV2, TV3
2009–2011 Si Capik Ya Tidak Inspektor Mohan TV2 Penampilan khas
2011–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Ya Tidak ASP Kumar
2012–2013 Metro Skuad Ya Ya Gopal Pelakon undangan dalam episod: "Jejak di Beijing" (Musim 2)
2017 Anak Merdeka Ya Tidak Suppiah Astro Prima
2018 Mata Ketiga Tidak Ya Tonton Adaptasi novel
2021–2022 Gerak Khas Undercover Ya Ya Kumar TV3
2023 Special Force: Anarchy Ya Tidak Anand Raj Disney+ Hotstar

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pelakon Pengarah
2021 Mr Drift Tidak Ya Astro Citra

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ How the director of local Tamil film 'Maindhan' beat the odds The Star Online (18 September 2014). Diperoleh pada 18 September 2014.
  2. ^ New Season Of Police Drama Series "Gerak Khas" From Feb 14 Diarkibkan 2017-07-29 di Wayback Machine BERNAMA. Dicapai pada 18 September 2014.
  3. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
  4. ^ Budiey (26 Oktober 2018). Ini fakta yang anda perlu tahu tentang Mata Ketiga Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Disember 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]