Si Capik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Si Capik
Genre Drama
Pengarah Datuk Yusof Haslam
Dibintangi oleh
Zack X-Factor
Erry Putra
Hetty Sarlene
Sheera Iskandar
Riz Amin
Rizal Ashreff
Aziz Singah
Raja Noor Baizura
Fathil Dani
Aznah Hamid
Penggubah lagu tema
James Baum
Lagu pembukaan "Si Capik" oleh James Baum dan Ieda Majid
Lagu penutup "Hanya Kau Yang Mampu" oleh Aizat Amdan
Negara asal Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Bilangan musim 3
Bilangan episod 78
Penerbitan
Penerbit Datuk Yusof Haslam
Tempoh siaran 44 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asal TV2
Format audio Stereo
Siaran asal 12 Mei 2009 – 26 Ogos 2011

Si Capik merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2009 arahan Yusof Haslam terbitan Skop Productions yang disiarkan di TV2 dari 12 Mei 2009 hingga 26 Ogos 2011, dibintangi oleh Zachery Francis atau Zach X-Factor yang memegang watak sebagai Reza, seorang pemuda yang mengalami separa kecacatan di bahagian kaki kiri digelar sebagai Si Capik.[1] Di Singapura, Si Capik disiarkan di Mediacorp Suria.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Musim 1 (2009)[sunting | sunting sumber]

Si Capik memaparkan kisah seorang jejaka dikenali sebagai Reza yang sering digelar Si Capik, gara-gara ketidaksempurnaan sifatnya yang mengalami kecacatan sebelah kakinya. Namun kecacatan sebelah kaki tidak menghalang Reza untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar kolej yang cemerlang dalam akademik.

Sayu melihat kecekalan ayahnya, Malik yang kurang sihat mencari rezeki menguatkan semangat Reza untuk berjaya dalam pelajaran bagi mengubah nasibnya sekeluarga. Dalam pada itu Reza bernasib baik kerana memiliki dua orang teman rapat, Farish dan Mira yang banyak membantunya malah cukup memahami keadaan dirinya.

Semangat cekal Reza menghadapi penghinaan masyarakat terutama pelajar-pelajar di kolejnya mendapat sokongan penuh Farish dan Mira yang tidak jemu-jemu untuk membelanya. Mira amat bersimpati dan cukup prihatin dalam permasalahan yang dihadapi Reza.

Hari demi hari kesihatan Malik semakin terganggu apatahlagi dirinya disahkan doktor menghidap penyakit jantung. Tuan Hazim majikannya menyarankan supaya Malik menjalani pemeriksaan doktor pakar dan kosnya ditanggung oleh pihak syarikat.

Zahid pula menghabiskan masanya setiap hari dengan berfoya-foya tanpa menghiraukan nasihat kedua ibu bapanya. Zahid tidak mengendahkan teguran bapanya, Tuan Hazim yang melarangnya berpoya-poya di kelab malam dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Sementara itu, Reza gembira apabila menerima panggilan telefon dari datuk dan neneknya di kampung yang amat merinduinya.

Sherin teman sekuliah mereka mengajak Mira, Farish dan Reza untuk mengadakan ‘study group’ di rumahnya. Namun Reza keberatan untuk menyertainya kerana merasakan dirinya tidak layak untuk belajar bersama anak majikan bapanya.

Musim 2 (2010)[sunting | sunting sumber]

Reza dan Sherin telah melangsungkan perkahwinan mereka. Mira merajuk dan membawa dirinya ke kampung setelah mendapat tahu Reza telah berkahwin dengan Sherin.

Zahid menjalin hubungan dengan teman wanitanya, Liza hingga menyebabkan Liza mengandung. Setelah putus cinta dengan Liza, Zahid berpacaran dengan Nurul.

Tindakan Zahid mengupah dua lelaki untuk membunuh bekas teman wanitanya membawa padah apabila beliau mendapat mimpi buruk setiap malam dan takut dengan jelmaan Liza. Iskandar, abang kepada Liza menuntut keadilan atas ‘kehilangan’ misteri adiknya dan membuat laporan polis.

Rumahtangga Reza dan Sherin mula retak apabila bekas teman lelakinya, Razali datang mengganggunya, malah turut mengatakan Reza tidak layak menjadi suami Sherin.

Musim 3 (2011)[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Reza mula berubah setelah dia memegang tampuk kepimpinan dalam menerajui syarikat Jaya Holdings setelah bapa mertuanya bersara. Reza telah mengalami satu transformasi, dia mulai bersikap ego dan tidak mudah mengaku kalah. Kesabarannya terhadap Zahid telah bertukar menjadi dendam yang tiada penghalangnya.

Tindakan Zahid melanggar Nurul telah menyebabkan dia menanggung akibat di atas perbuatan kejamnya, dia dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun.

Dalam kesibukan Reza mengendalikan syarikat, dia terpaksa menghadapi tekanan besar. Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab Zahid dia telah diburu oleh ‘Along’ yang menuntut hutang berjumlah RM500,000.00 yang ditinggalkan Zahid sebelum dia dipenjarakan.

Kekecohan berlaku apabila ‘Along’ sering mengganggu Reza di pejabat dan di rumah. Namun begitu dia enggan bersetuju dengan perjanjian yang telah ditandatangani Zahid dengan ‘Along’ untuk melangsaikan hutang.

Perasaan benci dan dendam Reza terhadap Zahid kian membara ekoran bebanan hutang yang terpaksa ditanggungnya. Sudah hilang sifat ‘lembut hati’ dalam diri Reza yang sebelum ini sering mengalah dengan Zahid.

Dalam serba kekalutan, Mira yang telah diceraikan oleh Farish menjalani kehidupan dengan penuh kesedihan setelah perkahwinannya berakhir di pertengahan jalan.

Akan tetapi yang lebih parah lagi apabila Farish mula menyesali tindakan terburu-burunya menceraikan Mira. Dia mengalami kekecewaan dan menyedari kesilapannya. Kerinduannya terhadap Mira merupakan satu penyeksaan dalam dirinya. Sebagai sahabat sejati, Reza amat bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung Farish, dia sanggup menghulurkan bantuan membiayai kos rawatan perubatan kaki Farish hingga pulih.

Sementara itu, sepanjang ketiadaan Zahid yang merengkok dalam penjara, Liza dan anaknya, Syamil telah berpindah ke banglo dan tinggal bersama dengan ibu bapa mertuanya.[2][3]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Penulis Penyanyi Masa
1. "Si Capik"   James Baum James Baum, Ieda Majid  
2. "Hanya Kau Yang Mampu"   Taufik Aizat Amdan 4:20
3. "Tak Ada Logika"   Yudis Dwikorana, Yoyo Agnes Monica 3:35

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2010 Anugerah Skrin 2010 Drama Berantai Si Capik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (12 Mei 2009). Drama Si Capik Lakonan Ery Putra, Zack X Factor Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  2. ^ Budiey (28 Februari 2011). Drama Si Capik Musim Ke 3 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Jun 2011.
  3. ^ Kisah Si Capik Kembali Di RTM2 mSTAR Online (18 Februari 2011). Dicapai pada 2 Jun 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]