C. Kumaresan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Di dalam nama orang India, nama Chandrakrishnan ialah nama bapa, bukannya nama keluarga, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan, Kumaresan.
C. Kumaresan
KelahiranKumaresan A/L Chandrakrishnan
(1974-09-09) 9 September 1974 (umur 45)
Klang, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif2003–kini
MajikanSkop Productions (2004–kini)

Kumaresan A/L Chandrakrishnan (lahir 9 September 1974) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan watak sebagai DSP Kumar dalam drama Gerak Khas (sejak 2003).[2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

C. Kumaresan dilahirkan dan dibesarkan di Klang, Selangor.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2003 menerusi drama kepolisan Gerak Khas, memegang watak DSP Kumar sehingga kini.[3] Selain itu, Kumaresan menduduki kerusi pengarah menerusi filem Maindhan yang dikeluarkan pada Ogos 2014. Beliau juga muncul sebagai peranan pembantu sebagai ASP Kumar dalam filem cereka sains 2016, Desolasi arahan Syafiq Yusof.

Dari 27 hingga 31 Ogos 2017, beliau memegang watak sebagai Suppiah dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan. Kumaresan juga muncul sebagai Murali dalam filem Dukun.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Uruvam Filem pertama
2014 Maindhan Dev Juga sebagai pengarah
2016 Mayangaathey Aravind
Desolasi ASP Kumar
2018 Dukun Murali

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2003−11, 2014–kini Gerak Khas DSP Kumar Juga sebagai pengarah
2009–11 Si Capik Inspektor Mohan Penampilan khas
2017 Anak Merdeka Suppiah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ How the director of local Tamil film 'Maindhan' beat the odds The Star Online (18 September 2014). Diperoleh pada 18 September 2014.
  2. ^ New Season Of Police Drama Series "Gerak Khas" From Feb 14 BERNAMA. Dicapai pada 18 September 2014.
  3. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]