Cemburu Seorang Perempuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Cemburu Seorang Perempuan merupakan drama adaptasi novel karya Siti Hazneza yang di ditayangkan di Slot DramaVaganza, saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Amyra Rosli, Amar Baharin dan Emma Maembong. Drama ini mula ditayangkan pada 29 Oktober 2019 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria.


Cemburu Seorang Perempuan
GenreKeluarga
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Cemburu Seorang Perempuan (novel) karya Siti Hazneza
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Amyra Rosli
Amar Baharin
Emma Maembong
Fauzi Nawawi
Lisdawati
Sabrina Ali
Lagu pembukaan"Meluruh" (Alyah)
Lagu penutup"Meluruh" (Alyah)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot DramaVaganza)
Astro Ria HD
Siaran asal29 Oktober 2019 – kini

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Zikri (Amar Baharin) dan Dhiya (Amyra Rosli) berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri kurang menyenangi hubungan tersebut kerana Dhiya dari keluarga yang bukan berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin Emilia (Emma Maembong). Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia disahkan tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.

Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran disebabkan hasutan kakak angkatnya, Nat (Sabrina Ali).

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]