Aku, Kau & Dia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aku, Kau & Dia
Aku-kau-dan-dia-346x500.jpeg
PengarahPierre Andre[1]
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
Dibintangi olehRemy Ishak
Sharifah Zarinatasha
Pekin Ibrahim
Syarikat
penerbitan
PengedarTayangan Unggul
Mula ditayangkan
28 Jun 2012
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 0.16 juta

Aku, Kau & Dia merupakan sebuah filem drama percintaan Malaysia 2012 arahan Pierre Andre dan terbitan Tayangan Unggul. Filem yang mengisahkan cinta tiga segi antara seorang gadis dan dua jejaka dibintangi oleh Zarina Jamalullail, Remy Ishak dan Pekin Ibrahim. Filem ini ditayangkan pada 28 Jun 2012, merupakan filem kedua arahan Pierre bersama Tayangan Unggul selepas filem Seru dan ia dilaporkan berdasarkan daripada kisah cinta agung Pierre.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.

Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?[3]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Aku, Kau & Dia merupakan filem kelima arahan Pierre Andre dan keduanya bersama Tayangan Unggul selepas filem Seru, ia berdasarkan daripada pengalamannnya.[5] Bekas finalis Dewi Remaja 2009/10, Zarina Jamalulail telah dipilih menjayakan watak Mia bersama hero utamanya Remy Ishak dan Pekin Ibrahim. Filem ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pada 15 Mac 2011 hingga 14 April 2011.[6][7]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  1. "Dejavu" (Penyanyi: Shila Amzah, komposer: Sharon Paul, lirik: Imillya Irwani)
  2. "Please Forgive Me" (Penyanyi: Elly Mazlein, komposer/lirik: Julfekar)
  3. "Aku, Kau & Dia" (Penyanyi: Shila Amzah, komposer: Sharon Paul, lirik: Pekin Ibrahim)
  4. "Namanya Cinta" (Penyanyi: Harris Shidi, komposer: Sharon Paul, lirik: Ahmad Fedtri Yahya dan Wan)
  5. "Pendam" (Penyanyi: Shahir Zawawi, komposer/lirik: Sham Kamikaze)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shazryn Mohd Faizal (15 April 2011). "Pierre Andre mahu kahwin". Utusan Malaysia. Dicapai 2014-09-18. 
  2. ^ "Aku, Kau dan Dia menyentuh perasaan". Sinar Harian. 29 Jun 2012. Dicapai 2014-09-18. 
  3. ^ "Sinopsis Filem Aku Kau & Dia Lakonan Remy Ishak & Pekin Ibrahim". Senasai Selebriti. 13 Jun 2012. Dicapai 2014-09-18. 
  4. ^ Farrahanim Rahim (19 Jun 2012). "Pekin Tak Selesa Dengan Zarina?". Malaysia Digest?. Dicapai 2014-09-18. 
  5. ^ Budiey (16 Jun 2012). "Aku Kau & Dia karya Pierre Andre". Sensasi Selebriti. Dicapai 2014-09-18. 
  6. ^ "Aku Kau & Dia karya terbaik Pierre Andre". Amy Ikram. 16 Jun 2012. Dicapai 2014-09-18. 
  7. ^ Feride Himmet Atak (19 Jun 2012). "Pierre Andre Anggap Diri Lelaki Malang Kerana Cinta". mSTAR Online. Dicapai 2014-09-18. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]