Seru (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seru
Seru(filem)01.jpg
PengarahWoo Ming Jin
Pierre Andre
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
Nazrul Asraff
PenulisWoo Ming Jin
Pierre Andre
Dibintangi olehSharnaaz Ahmad
Cut Mutia
Azman Hassan
Kat Mentor
Disunting olehAkashdeep Singh
Syarikat
penerbitan
Tayangan Unggul
Mula ditayangkan
28 April 2011
Tempoh tayangan
84 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.42 juta[1]
Pecah panggungRM 0.87 juta

Seru merupakan sebuah filem seram Malaysia 2011 terbitan Tayangan Unggul. Filem ini menggabungkan dua pengarah bagi memantapkan filem ini. Pierre Andre diberi tanggungjawab dari segi lakonan manakala Woo Ming Jin pula dari segi teknikal. Ini merupakan filem pertama Pierre bersama Tayangan Unggul dan filem pertama beliau selepas beliau keluar dari MIG akibat sedikit salah faham.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka. Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai "footages" menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.... tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi [2].

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Maklum Balas[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Menurut tupai.com.my[3], filem ini merupakan percubaan berani menggabungkan dua pengarah yang berpengalaman(Pierre Andre&Ming Jin). Filem yang menggunakan teknikfound footage seperti filem Blair Witch Project digunakan dalam filem ini. Filem ini menonjolkan imej-imej yang menggelikan. Sebuah percubaan yang baik dari dua pengarah ini.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Lakonan yang diberikan oleh pelakon filem ini agak baik, dengan pendokong utama, Sharnaaz, berjaya memberikan impak kepada penonton yang menonton cerita ini. Pelakon-pelaokn lain berjaya mnjayakan watak masing-masing, dan membangkitkan rasa seram bagi penonton[4].

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini berjaya mengutip RM 0.54 juta[5] pada hari pertama tayangan. Keseluruhannya, filem ni tidak berjaya mendapat kutipan pecah panggung dan tidak berjaya membayar balik kos penghasilan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]