Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
PengarahPierre Andre
Dibintangi olehShahrol Shiro
Ajak Shiro
Ustaz Azhar Idrus
Along Eyzendy
Mikail Andre
Zalif Sidek
Epy Raja Lawak
Syarikat
penerbitan
Tempoh tayangan
91 Minit
Pecah panggungRM 2.88 Juta

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang ialah sebuah filem Malaysia yang dikeluarkan pada 28 November 2013 dan diarahkan oleh Pierre Andre.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Shahrol Shiro (Dadu)- Seorang mat rempit yang tanpa tujuan dari hari ke hari, namun dia telah dipecat dari kerja dan tidak tahu pada agamanya sendiri.
  • Ajak Shiro (Muiz)- Kawan baik kepada Dadu yang seringi persamaan dengan Muiz, Dadu juga tidak tahu pada agamanya sendiri.
  • Along Eyzendy (Ustaz Hamzah)- Seorang ex-DJ yang sudah berubah menjadi Ustaz, namun dia melawat ke rumah mereka untuk ceramah dan memiliki cd yang dikenali sebagai UAI (Ustaz Azhar Idrus).
  • Wak Zaidi (En.Amri)- Seorang penyewa rumah yang Muiz yang tidak membayar sewa selama 6 bulan, telah rumah mereka dikunci. Namun dia telah bertaubat dan sering menolong Dadu dan Muiz untuk memhantar pakcik tua ke hospital.
  • Zalif Sidek (Bagok)- Selalu menolong Dadu dan Muiz untuk pergi ke masjid untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus semasa motosikal mereka rosak.Juga seorang yang pencuri dan pembunuh upahan.
  • Epy Raja Lawak (Mawi)- Seorang banduan yang suka bercakap kasar, juga kuat sombong.
  • Mikail Andre (Inspektor)- Pegawai polis lelaki yang paling tegas menjalankan tugas tanpa sebarang kompromi juga
  • Dj Irwan Shah (Ustaz Ah)- Seorang ustaz yang paling beragama, namun dia mengajak Dadu untuk bersembayang tetapi Dadu menglaungkan kepada "Alamak, Nora Danish!" sambil melarikan diri.
  • Ustaz Azhar Idrus- Diminati oleh Dadu dan Muiz, namun Dadu dan Muiz menyoal kepada beliau.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Filem ini tidak menampilkan pelakon wanita, hanya pelakon lelaki sahaja.

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015
Filem MeleTOP Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Uztaz, Mu Tunggu Aku Datang". Cinema.com.my. Dicapai 23 November 2013. 

Patuan luar[sunting | sunting sumber]