Muka Surat Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muka Surat Cinta
PengarahPierre Andre
PenerbitDavid Teo
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
16 Januari 2014
Tempoh tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Muka Surat Cinta (judul asal Perempuan Mukasurat Tujuh) merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2014 arahan Pierre Andre terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini menggabungkan pelakon dari tiga negara, iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei, dan dibintangi oleh Mikail Andre, Azwan Kombos, Afiera Riana, Atikah Suhaime dan Nina Iskandar dan ditayangkan pada 16 Januari 2014. Ia mengisahkan pencarian cinta seorang penulis novel terlaris bersikap dingin dengan isterinya, kerana mereka berkahwin secara paksa atas kehendak keluarga.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan Putra dan Luna sudah menjangkau usia setahun, tetapi hubungan mereka seperti sudah menuju kegagalan. Putra seperti kehilangan dirinya dalam mencari sumber inspirasi untuk menulis novel seterusnya. Namun pada satu hari, Putra tertarik dengan kata-kata yang ditulis oleh seorang gadis dalam sebuah novel yang dipinjamnya sehingga membuat keputusan untuk mencari penulis tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Muka Surat Cinta merupakan filem ke-11 arahan Pierre Andre dan yang keenam bagi genre romantik dan merupakan filem keempat Mikail Andre di bawah arahan abangnya.[2][3] Filem ini pada mulanya menggunakan judul Perempuan Mukasurat Tujuh yang juga filem pendek arahan Pierre, namun Pierre memutuskan untuk menukar judul filemnya ini kepada Muka Surat Cinta.[2] Filem ini juga buat julung kalinya menampilkan gabungan pelakon muda dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Mempertaruhkan barisan muka-muka baharu, filem ini diterajui oleh Mikail bersama Nina dan turut dijayakan oleh Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Hilal Azman dan Afiera Riana.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Love lost". The Star (Malaysia). 16 Januari 2014. Dicapai 19 Januari 2014. 
  2. ^ a b c Aqmar Mustaza (18 Januari 2014). "Pencarian gadis misteri dalam Muka Surat Cinta". Sinar Harian. Dicapai 19 Januari 2014. 
  3. ^ "Buat kerja sia sia dalam "Muka Surat Cinta"". Free Malaysia Today. 8 Januari 2014. Dicapai 19 Januari 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]