Ummi Nazeera
Ummi Nazeera | |
|---|---|
اوممي نازايرا | |
Ummi ditemuramah oleh MeleTOP di sidang media telefilem Angin Cinta pada 31 Mei 2016. | |
| Kelahiran | Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin 20 Ogos 1990[1] |
| Pendidikan | Sarjana Muda Perniagaan |
| Pusat pendidikan | Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2006–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani (k. 2017) |
| Anak-anak | 2 |
| Bapa | Allahyarham Zainul Abidin Mat Akhir |
| Keluarga | Nazreem Musa (abang) |
Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin (lahir 20 Ogos 1990) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam lakonan di televisyen dan filem.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau mencipta nama di persada dunia lakonan menerusi drama terbitan TV3 iaitu siri TV ditayangkan pada tahun 2009 yang berjudul drama Nur Kasih di samping gabungan barisan bersama pelakon berbakat iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz sehingga tamat siaran pada akhir Mac. Selain itu, beliau membintangi filem terkemuka yang diterbitkan menerusi Tayangan Unggul iaitu filem komedi pada 2010 iaitu, Hantu Kak Limah Balik Rumah gandingan penyanyi Awie, pelakon veteran Allahyarham Zami Ismail, serta pelawak Johan Raja Lawak dan Usop Wilcha yang juga terlibat dalam menjayakan filem tersebut pada akhir tahun itu.
Beliau juga telah berjaya memainkan watak dalam filem Penanggal dan Gol & Gincu Vol. 2 sehingga dinobat 5 Teratas pelakon wanita terbaik Filem Festival Malaysia.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada 23 Julai 2017, Ummi sah menjadi isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.45 pagi di kediaman bapa saudaranya, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Pada mulanya, pasangan ini dikatakan bakal menikah pada 3 Ogos 2017 namun dipercepatkan tarikh tersebut kepada 23 Julai atas permintaan keluarga.[2][3]
Pada 22 Ogos 2018, beliau dikurniakan anak sulung, iaitu seorang anak perempuan bernama Ayra Aneesah.[4]
Bapanya, Zainul Abidin Mat Akhir meninggal dunia pada 27 November 2020 akibat masalah kesihatan kronik.[5]
Pada 1 Jun 2021, beliau dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan bernama Aysha Arsylia.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2014 | Festival Filem Malaysia ke-26 | Pelakon Wanita Terbaik | Penanggal | Tercalon |
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon Filem Wanita Popular | — | Tercalon |
| Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2018 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Bisik Pada Langit | Tercalon | |
| 2019 | Anugerah Skrin 2019 | Pelakon Wanita Terbaik Filem | Gol & Gincu Vol. 2 | Tercalon |
| 2023 | Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 | Pelakon Wanita Terbaik | Risik Pada Hati | Menang |
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Stailo Terhangat | — | Tercalon |
| Selebriti Drama Sangat Terhangat | — | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Artikel - Biodata. Biodata Ummi Nazeera. Babab.Net
- ^ Oleh Mohd Al Qayum Azizi pada 3 Ogos 2017. Ummi Nazeera Nikah Awal Dari Tarikh Dijanjikan - Hiburan. mStar Online
- ^ 3 Ogos 2017. Ummi Nazeera, Izzar nikah 23 Julai lalu - Hiburan. Utusan Online
- ^ Ummi Nazeera selamat jadi ibu Berita Harian. 31 Ogos 2018. Dicapai pada 6 Disember 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (27 November 2020). Bapa Ummi Nazeera meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2020.