Hari Wanita Antarabangsa
Hari Wanita Antarabangsa | |
---|---|
Observed by | Albania, Algeria, Argentina, Armenia, Azerbaijan, Bangladesh, Belarus, Bhutan, Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Burkina Faso, Afrika Selatan, Cameroon, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Croatia, Cuba, Cyprus, Ecuador, Estonia, Denmark, Finland, Georgia, Greece, Hungary, Iceland, India, Itali, Israel, Kemboja, Laos, Latvia, Lithuania, Kazakhstan, Kosovo, Kyrgyzstan, Macedonia, Malta, Malaysia, Mexico, Moldova, Mongolia, Montenegro, Nepal, Norway, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sweden, Sepanyol, Syria, Taiwan, Tajikistan, Turki, Turkmenistan, Ukraine, Uruguay, Uzbekistan, Vietnam, Zambia |
Date | 8 Mac (tahunan) |
Related to | Hari Ibu, Hari Valentine |
Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Kajian menunjukkan kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita.
Matlamat
[sunting | sunting sumber]Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.[2]
Tuntutan wanita
[sunting | sunting sumber]- Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
- Insentif kepada suri rumah sepenuh masa. Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
- Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
- Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
- Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut.Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie .[3]
Nabi Muhammad dan Wanita
[sunting | sunting sumber]Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi menyuruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk mendedahkan aurat di sana sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Frencia, Cintia; Gaido, Daniel (March 8, 2017). "The Socialist Origins of International Women's Day". Jacobin.
- ^ Salam Hari Wanita Sedunia
- ^ Tuntutan wanita yang wajar, JIM
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- "The socialist roots of International Women's Day". Al Jazeera America. March 7, 2015
- Ruthchild, Rochelle Goldberg (2012). "From West to East: International Women's Day, the First Decade". Aspasia. 6: 1–24. doi:10.3167/asp.2012.060102.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang International Women's Day di Wikipedia: | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |