Otai (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Otai
PosterOtai.jpg
Pengarah Prof. Madya A. Razak Mohaideen
Penerbit Abdul Latiff Mohaideen
Dibintangi oleh Saiful Apek
Yassin Yahya
Nasha Aziz
Ainul Aishah
Syarikat
produksi
Grand Brilliance Sdn Bhd
Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd[1]
Mula ditayangkan
13 Oktober 2007
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Otai ialah sebuah filem Malaysia yang bergenrekan komedi. Filem ini merupakan filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Ia turut dibintangi oleh Saiful Apek sebagai Aiman Tan Sri Mydin

  • Yassin Yahya sebagai Sammy (sepupu dan pembantu Aiman)
  • Nasha Aziz sebagai Azura (isteri pertama Aiman)
  • Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai Pengacara
  • Salleh Yaakob sebagai Tan Sri Mansor
  • Azean Irdawaty sebagai Puan Farah
  • Ainul Aishah sebagai Calon Isteri 3 (Gila)
  • Izreen Azminda sebagai Pengacara Progam Otai (P)
  • Maimon Mutalib sebagai Mek Nab (Bidan Moden)
  • Faezah Elai sebagai Mawar
  • Farah Alya sebagai Calon Isteri Aiman (Janda Bersuami 4)
  • Soffia Shamimi sebagai Calon Isteri 2 (Wanita Bersuara Garau)
  • Fouziah Gous sebagai Jururawat
  • Mazlan Hashim sebagai Manager Calon Isteri 2

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Aiman sudah mendirikan rumah tangga bersama Azura selama 3 tahun tetapi gagal untuk mendapatkan zuriat. Mereka mendapat tekanan daripada ayah Aiman, Tan Sri Mansur, yang mengancam bahawa sekiranya mereka tidak mendapatkan zuriat menjelang akhir tahun, seluruh harta milik Tan Sri Mansur akan diberi kepada anak yatim. Azura membuat pemeriksaan dengan doktor, hasil pemeriksaan tersebut mendapati bahawa Azura mempunyai masalah peranakan. Azura telah membuat keputusan bahawa Azura membenarkan Aiman menikah seorang lagi atas tujuan untuk mendapatkan anak disertai dengan 17 syarat.

Aiman meminta pertolongan daripada kawan karibnya, Sammy untuk mencari calon untuk menjadi isteri yang kedua. Bagaimanapun, semua calon ditolak oleh Azura dengan alasan terlalu cantik. Aiman kemudiannya meminta Sammy mencari Mawar, gadis yang diminatinya sebelum kahwin untuk menjadi isteri kedua. Sammy mengubah imej Mawar untuk meminta persetujuan daripada Azura. Apabila Azura bersetuju, majlis akad nikah pun dijalankan. Semasa majlis akad nikah, kecantikan Mawar terserlah dan Azura telah jatuh pengsan.

Doktor mendapati bahawa Azura telah hamil. Kedatangan ibu Azura memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini menimbukan pelbagai salah faham dan tekanan dalam keluarga Aiman. Aiman meminta pertolongan Sammy untuk mencari seorang lagi calon untuk menjadikan isterinya. Muslihat itu diketahui oleh Mawar dan Azura dan mereka menyesali kelakuan mereka sebelum ini dan berjanji akan berbaik dan menjaga Aiman.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikeluarkan pada 13 Oktober 2007 dan mendapat kutipan sebanyak RM 3.473 juta.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]