Mana Mau Lari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mana Mau Lari
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
Abdul Latiff Mohaideen (eksekutif)
PenulisAhadiat Akashah
Dibintangi olehSaiful Apek
Yassin Yahya
Tauke Jambu
Shuk Balas
Disunting olehHafiz A. Rashid
Wan Fathi Kamil
Syarikat
penerbitan
Tayangan Unggul
LineClear Motion Pictures
Mula ditayangkan
27 November 2014
Tempoh tayangan
85 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Mana Mau Lari merupakan sebuah filem komedi pengembaraan Malaysia 2014 arahan Abdul Razak Mohaideen, lakonan Saiful Apek, Yassin Yahya, Tauke Jambu dan Shuk Balas. Ia mengisahkan tentang persahabatan diantara empat orang penunggang motosikal berkuasa tinggi menolong antara satu sama lain selepas sebuah daripada motosikal mereka hilang ketika dalam pengembaraan. Filem ini ditayangkan pada 27 November 2014.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sebuah geng Harley Rider yang bernama “Kassem Selamat” yang terdiri daripada Abang Pen, King, Kapten dan Kyo memutuskan untuk pergi bercuti di Cowboy Town bagi meraikan kemenangan Abang Pen di pertandingan “motor-cross” baru-baru ini. Di chalet berkenaan, motor Abang Pen telah dicuri oleh seorang penunggang misteri misteri. Atas dasar setiakawan, mereka berempat memulakan pencarian yang bakal menguji persahabatan dan keberanian mereka! Dalam misi “memburu” penunggang misteri, banyak kejadian pelik, lucu dan ngeri telah mereka harungi. Abang Pen yang melihat keadaan iti akhirnya mengalah dan merancang untuk pulang. Sewaktu mereka singgah di chalet di mana Abang Pen kehilangan motornya, mereka terkejut kerana melihat motor Abang Pen masih di tempat asal dan seperti tidak pernah disentuh! Siapakah pencuri yang mereka kejar? Adakah mereka bermimpi? Tetapi apa yang mereka tempuhi benar-benar terjadi. Ini menimbulkan keraguan pada mereka bahawa adalah selama ini motor itu dicuri hantu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Mana Mau Lari diarahkan oleh A Razak Mohaideen dengan skrip ditulis oleh novelis terkenal Ahadiat Akashah, ia merupakan filem pertama arahannya dalam tempoh dua tahun selepas kali terakhir menduduki kerusi sutradara menerusi dua filem arahannya, Bujang Terlajak dan Ngorat yang kedua-duanya ditayangkan pada 2012.[3] Ketika penggambaran dijalankan, satu insiden kemalangan telah berlaku melibatkan Yassin dan pelakon baharu, Aliff Yasraff.[4]

Filem ini turut mendapat tajaan dari jenama motosikal berkuasa tinggi terkenal, Harley-Davidson.[5] Penggambaran dijalankan selama 28 hari meliputi beberapa lokasi termasuk Putrajaya, Shah Alam, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Baru.[6]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Mana Mau Lari ditayangkan pada 27 November 2014.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Mana Mau Lari' 100% Tentang Bikers, Bakal di Pawagam November Ini". Malaysia Digest. 24 Oktober 2014. Dicapai 27 Julai 2015. 
  2. ^ "Mana Mau Lari Bakal Menggegar Pawagam". Astro Shaw. 2 Disember 2014. Dicapai 27 Julai 2015. 
  3. ^ Akmaliah Razak (1 November 2014). "Mana Mau Lari percaturan Razak Mohaideen". Sinar Harian. Dicapai 27 Julai 2015. 
  4. ^ Feride Hikmet Atak (26 Oktober 2014). "Razak Mohaideen Kembali Mengarah Selepas 2 Tahun Menyepi". Utusan Malaysia. Dicapai 27 Julai 2015. 
  5. ^ "Lima perkara menarik tentang filem 'Mana Mau Lari'". Astro Awani. 28 November 2014. Dicapai 27 Julai 2015. 
  6. ^ Akmaliah Razak (1 November 2014). "Mana Mau Lari percaturan Razak Mohaideen". Sinar Harian. Dicapai 27 Julai 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]