Ilya Buang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Ilya Buang
Kelahiran
Muhammad Hakim bin Shaharum

(1967-11-15) 15 November 1967 (umur 54)
Nama lainPak Ya
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi
Tahun aktif1995–kini
Anak-anak4

Muhammad Hakim bin Shaharum (lahir 15 November 1967) atau lebih dikenali sebagai Ilya Buang di Ulu Kinta, Perak. Illya atau Pak Ya merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia yang lahir dari Sinaran Pasport Kegemilangan, sebuah program realiti TV3 yang diadakan pada tahun 1995. Pada ketika itu, Illya merupakan anggota kumpulan Serba Salah yang turut dianggotai oleh Wahid Senario dan Hamdan Ramli.

Selepas menjadi juara dalam pertandingan tersebut beliau telah menganggotai Senario iaitu sebuah kumpulan lawak yang ditubuhkan pada tahun 1996. Pada tahun 1998 beliau bersama Hamdan Ramli telah mengundurkan diri dari Senario sementara Wahid masih berada dalam kumpulan tersebut. Pada tahun 2002 beliau bersama Hamdan Ramli dan Yassin Yahya (bekas kumpulan Senario) menubuhkan kumpulan Aku Kaya. Kumpulan ini bertahan sehingga tahun 2005 sebelum mereka semua bergerak secara solo.

Pada tahun 2011, Illya bersama rakan baiknya Hamdan Ramli menubuhkan kumpulan Hiro yang turut dianggotai Ropie Cecupak untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2011 namun tersingkir di Minggu ke-5.

Pada tahun 2014, beliau menyertai kumpulan Sepahtu untuk bersaing di pentas MLM 2014 namun beliau mengundurkan diri pada Minggu 5 atas masalah kesihatan.

Pada tahun 2016, beliau kembali bersama kumpulan Senario.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Ilya dikira unik kerana dia menganggotai banyak kumpulan lawak terkemuka tanah air seperti Senario, Aku Kaya dan Sepahtu.

Dalam rancangan tv ' Di Balik Tawa ' dia tidak menyatakan apa sebab dia dan Hamdan keluar dari kumpulan Senario. Tetapi dia menyatakan semasa era kegawatan ekonomi 1997,98 dahulu meskipun kerap muncul di TV dan program komedi Senario mereka mendapat tontonan tinggi dan mempunyai peminat yang besar, mereka hanya dibayar gaji bulanan sahaja tanpa mendapat bayaran lumayan setiap episod seperti kebiasaan penghibur-penghibur lain.

Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Burung Besi Filem pertama
2003 Aku Kaya The Movie Yassun, Lempayung, Ro Bin Hood & Boyak
2006 Senario Pemburu Emas Yamashita Tagaya
2007 Zombi Kampung Pisang Konstabel Fauzi/Pian RELA
2008 Senario The Movie: Episode 1 Pengacara Ujibakat Penampilan khas
2010 Magika Hang Lekiu
2012 Hantu Air
Cinta Beruang
2014 Zombie Kilang Biskut Pian
2015 Keranda Tok Wan Terbang Pawang Penampilan khas
2022 Jeritan Jin
Jaga-Jaga Senariounion Tok Kadi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Keris Hitam Bersepuh Emas TV1 Pelakon undangan
2017 Cik Serba Tahu Pak Ismail Astro Ria
Mat Rukun Roslan TV9
2019 Sepahtu Reunion Raya Gear 5 Bangya Astro Ria
Dia Pengantinku Ayah Madi TV1
2020 Pak Kodi 5G (Musim 1) Pak Ya TV3 Pelakon undangan
2021 Malaysian Ghost Stories Pawang Astro Ria Episod: "Hantu Orang Asli"
2022 Bukan Pi Mai Pi Mai Pelakon undangan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Aku Kaya Yassun VCD
2003 Champion Yassun
Cinta Popular Pensyarah
Aku Cinta Padamu
2004 Aku Kaya Giler Yassun
Cinta Kinabalu

Sitkom[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996–1998 Senario Pelbagai watak TV3
2015 Sepahtu Reunion Astro Warna
2016–kini Sepahtu Reunion Live

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2021 Warung Sepahtu Pelbagai watak Astro Warna
Mencari Sepahtu Yang Hilang Juri
2022 Warung Sepahtu 2 Pelbagai watak

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]