Sambal (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sambal
Genre
Berdasarkan daripada
"Bawang Putih Bawang Merah", "Mat Jenin"
PenciptaAzwan Ali
Ditulis olehAzwan Ali
PengarahAzwan Ali
Dibintangi oleh
Pencerita suara latar
Azwan Ali
Penggubah lagu tema
Peter Lim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod17
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzwan Ali
Penerbit
  • Azwan Ali
Penyunting
  • Azwan Ali
  • Lim Su Jin
  • Kamarul Mas Ayu Azman
  • Zaini Saidi
SinematografiJebat Rosli
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Ambang Klasik
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asal
Format audioStereo
Siaran asal31 Disember 1995 (1995-12-31) – 28 April 1996 (1996-04-28)

Sambal ialah sebuah drama bersiri komedi Malaysia 1995 arahan Azwan Ali yang ditayangkan di TV3 setiap hari ahad jam 12 tengah hari. Drama ini merupakan adaptasi longgar secara komedi dan parodi daripada kisah dongeng Bawang Putih Bawang Merah dan Mat Jenin. Ia menampilkan pelawak terkenal Salih Yaacob dan Syanie sebagai teraju utama. Drama ini mendapat rating yang cukup tinggi setelah episod pengenalannya ditayangkan pada sambutan tahun baharu 1996 dan episod seterusnya ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri yang disambut serentak pada tahun itu.

Drama ini membariskan ramai penyanyi-penyanyi terkenal sebagai pelakon undangan, antaranya Aishah, Jamal Abdillah, Amy Mastura, Rohana Jalil dan ramai lagi. Drama ini turut memperkenalkan kumpulan Serba Salah yang kemudiannya digelar Senario dan Aku Kaya.

Maklumat Produksi[sunting | sunting sumber]

Drama ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Terengganu dengan tajaan penginapan oleh Sutra Beach Resorts serta tajaan lokasi di Muzium Negeri Terengganu. Beberapa episod juga menjalani penggambaran di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Penerbit, Pengarah, Penulis Skrip, Penyunting : Azwan Ali
Penolong Penerbit, Penolong Pengarah, Penyunting : Kamarul Mas Ayu Azman, Lim Su Jin, Zaini Saidi
Jurukamera: Jebat Rosli, Sulaiman Ahmad
Penata Muzik : Peter Lim
Pengarah Set: Azmi Alias
Rekaan Set: Jusaidi Judin, Shahrul Amin Idris
Busana : Shahrul Bariah Mohd Yusof, Fadzillah Abdullah
Solekan dan Tatarias: Mupinder Jeet Kaur Badsha
Penata Cahaya: Khaidir Abdul Abbas, Md Sobri Yaakob
Pengadun Audio: Mervin C Frederiks, Michael Leow Lai Seng, Khairul Azwan, Liew Mun Kit
Juruteknik Audio: Roslan Yusof , Mohd Saiful Nizam
Juruteknik SCP : Mohd Azhar Che Umar
Logistik: T. Chandran, Narayansamy, Zainal Abidin Rahman, Abdul Karim Husin, Chew Teck Beng
Pengurus Pasca Penerbitan: Roslan Abdul Rahman
Pereka Grafik: Jeannie Chan
Pembantu Penerbitan: Azman Abdul Ghaffar
Eksekutif Promosi dan Publisiti : Ruhil Shafinaz Hussein

Ringkasan episod[sunting | sunting sumber]

Episod Tajuk Tarikh Siaran
0 Pengenalan 31 Disember 1995
1 "Kalut...!" Bahagian 1 7 Januari 1996
2 "Kalut...!" Bahagian 2 14 Januari 1996
3 "Gempar!" Bahagian 1 21 Januari 1996
4 "Gempar!" Bahagian 2 28 Januari 1996
5 "Jodoh" Bahagian 1 4 Februari 1996
6 "Jodoh" Bahagian 2 11 Februari 1996
7 "Sambal Angpao" 18 Februari 1996
8 "Sambal Raya " 26 Februari 1996
9 "Ribut" Bahagian 1 3 Mac 1996
10 "Ribut" Bahagian 2 10 Mac 1996
11 "Anak" Bahagian 1 17 Mac 1996
12 "Anak" Bahagian 2 24 Mac 1996
13 "Berangan" Bahagian 1 31 Mac 1996
14 "Berangan" Bahagian 2 7 April 1996
15 "Glamour" 14 April 1996
16 "Ibu...?" 21 April 1996
17 "Sayonara" 28 April 1996

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Memperkenalkan[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Episod Artis Watak
1, 2, 5, 6 Kartina Aziz Joyah
1, 2 Aznil Nawawi Tok Suek
3, 4 Nanu Baharuddin Bedah
3, 4, 7 Kenji Sawahi Lim Poo Kao
5, 6 Aishah Melah
5, 6 R. Jaafar Tok Kadi
7 Nancie Foo Siew Kim
8 Amy Mastura Lijah
8 Rohana Jalil Dara
9 Rosnah Mat Aris Sepiah
9 , 10 M. Rajoli Wak Parjo
9, 10 Sheeda Ribut
11, 12 Sham Visa Karim
11, 12 Nora Ariffin Molek
13, 14 Farouk Hussain Abang Kelana
13, 14 Leina Hangat Leha Hangit
15 Jalil Hamid Mat Nefsu
15 Emma Rocker Nona
16 Julie Dahlan Kencana
16 Shamsul Ghau Ghau Keon
17 Jamal Abdillah Jantan
17 Jasmin Hamid Peah

Legasi[sunting | sunting sumber]

Konsep drama bersiri menjadi ikutan iaitu melalui trilogi telefilem Enot, Enot Rayalah Pulak dan Enot VCD Lah Pulak yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2002.

Rujukan[sunting | sunting sumber]