Senario The Movie: Episode 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senario The Movie - Episod 1
Senario The Movie - Episod 1.jpg
Poster promosi Senario The Movie - Episod 1.
Pengarah Ahmad Idham
Penerbit David Teo
Penulis Zulkiflee Md. Said
Dibintangi oleh Mazlan Pet Pet
Azlee Senario
Wahid Senario
Dikisahkan oleh Ahmad Idham
Muzik oleh Brian Ng (Kang)
Syarikat
produksi
Pengedar Grand Brilliance Sdn Bhd
Golden Screen Cinemas Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia[1]

Senario The Movie: Episode 1 ialah sebuah filem komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 1 Oktober 2008. Filem ini mengisahkan cerita anggota Kumpulan Senario sebelum mereka terkenal.[3]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi bintang. Mazlan, Azlee dan Wahid datang dari kampung dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka hanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut.

Paling mengharukan apabila tibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka telah ditangkap pihak polis kerana wajah mereka serupa dengan wajah kumpulan perompak bersiri yang menjadi buruan pihak polis.

Mereka amat bimbang kerana uji bakat semakin hampir sedangkan mereka masih lagi di lokap. Persiapan persembahan masih lagi belum dilakukan.

Apabila mereka dibebaskan, bermacam-macam lagi halangan menanti seperti tidak membenarkan mereka menghadiri uji bakat tersebut. Tetapi, berkat kesabaran dan ketabahan mereka mengejar cita-cita, mereka berjaya sampai ke tempat uji bakat.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]