Pergi ke kandungan

Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Dibintangi
Disunting olehAziz M. Osman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 18 Mei 2006 (2006-05-18) (Malaysia)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.49 juta
Pecah panggungRM1 juta

Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita ialah sebuah filem komedi pengembaraan Malaysia 2006 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan filem terakhir bagi Kumpulan Senario bernaung di bawah Grand Brilliance. Francais filem Senario selepas ini diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mulai siri Senario The Movie: Episode 1 dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys arahan Ahmad Idham.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Azlee Jaafar sebagai Elie Aboy "Boy", Bekas bouncer kelab malam dan bekas banduan. Boy dipenjarakan atas kesalahan mencederakan pelanggan tempat kerja dan masuk ke pusat mental kerana melakukan kekerasan terhadap pemandu kereta wanita yang melanggar seekor kucing di hadapannya.
  • Lan Pet Pet sebagai Che Seman Che Husin, Pemandu teksi yang meminati pakar motivasi dan suka berkongsi ilmu tapi beliau dimasukan ke pusat mental selepas pergaduhan kecurangan isterinya bersama idolanya.
  • Wahid Mohamad sebagai Niklah Saputra "Put", Pengikut tegar Black Metal, Skinhead kerap meludah
  • Que Haidar sebagai Abdul Razali Abdul Rahim "Jali", Seorang juruukur tanah lantikan YB Nasir yang disyaki gila kerana bertemu askar Jepun ketika sedang mengukur tanah di kawasan hutan berhampiran Kampung Kemetot meskipun dia waras dan pemegang skrol emas milik Jeneral Yamashita
  • Nora Danish sebagai Dr. Lisa, Pakar terapi pusat mental
  • Beego sebagai Dr. Murad, Kaunselor pusat mental (antagonist utama) yang mendera Seman, Boy, Put dan Jali dengan memakai batang renjatan elektrik. Tertarik dengan skrol emas yang dibawa Jali
  • Hamdan Ramli sebagai Y.B. Nasir, wakil rakyat yang mempunyai niat jahat terhadap Tagaya serta penduduk Kampung Kemetot dan seorang yang mengamalkan rasuah
  • Ilya Buang sebagai Tagaya, Ketua Kampung Kemetot

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan

[sunting | sunting sumber]
  • Razak Ahmad sebagai Professor Hairi Fadzil Kamsani, pakar motivasi yang menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Seman
  • Hanny Harmi sebagai Isteri Seman, curang kerana menjalinkan hubungan sulit dengan Professor Hairi
  • Pak Abas sebagai Tentera Jepun, memberi skrol petunjuk kedudukan jongkong emas milik Jeneral Yamashita kepada Jali
  • MD Azrin Sahab sebagai Tungau, ketua pembangkang Kampung Kemetot
  • Nadia Danish sebagai Fatimah, Setiausaha kepada YB Nasir
  • Sarip Nor sebagai Tauke Warong, cuba mengusir Tagaya kerana tidak membayar makanan yang dimakannya
  • Kenchana Dewi sebagai Selvi Naruraja, Pegawai Kerajaan dari Jabatan Perbendaharaan Negara, kenalan lama Dr. Lisa

Boy, Put, Seman dan Jali telah dihantar ke klinik mental diatas kelakuan yang tidak stabil. Tetapi, sebenarnya mereka ini waras pemikirannya, cuma dimasukkan ke dalam klinik tersebut diatas kelakuan mereka dimana Put gemar meludah dan pengikut kumpulan yang tidak bermoral, manakala Boy dan Seman memerlukan class mengawal panas baran dan Jali mengaku telah berjumpa dengan askar Jepun dalam hutan yang memberi satu peta kepada harta karun Jeneral Yamashita.

  • Meskipun ahli asal Senario, ini adalah filem pertama Senario menampikan Hamdan Ramli dan Ilya Buang.
  • Apabila Seman (Mazlan) membuat mimik ' kita enjoy ' itu adalah trademark Nora Danish semasa dia berlakon sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman yang ke udara setiap malam selasa di TV3. Beego yang juga pasangannya dalam sitkom itu turut berlakon sekali dalam Pemburu Emas Yamashita.
  • Filem ini juga naskhah terakhir francais filem Senario arahan Aziz M. Osman
  • Filem ini mengambil puluhan pelakon OKU kategori fizikal (Kerdil) sebagai pelakon Tambahan penduduk Kampung Kemetot

Filem ini dikeluarkan pada 18 Mei 2006 dengan kos RM 1.49 juta dan hanya mendapat kutipan sebanyak RM 1 juta.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.