Zombie Kilang Biskut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Zombi Kilang Biskut
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehHasmah Hassan
Dibintangi
Disunting olehAmen Khalid
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 20 Mac 2014 (2014-03-20) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.70 Juta
Pecah panggungRM 1.55 Juta

Zombi Kilang Biskut ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah berpengalaman, Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 20 Mac 2014.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Husin yang kembali ke kampung pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai juruteknik selepas kecewa di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Wahab B, Pian dan Sofea. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang tempat mereka bekerja.

Secara tidak langsung, kampung mereka juga turut didatangi hantu Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuhnya. Ramai lelaki yang menjadi korban Kamariah termasuk zombi dalam usahanya mencari Usop.

Konflik ini mencetuskan huru-hara di kampung pisang dan keadaan bertukar menjadi kucar-kacir selepas mereka mendapat tahu zombi mula menyerang.

Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama-sama berusaha menentang zombi, tetapi semasa mereka hendak menyerang zombi, mereka diserang pula oleh hantu Kamariah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]