Indeks Kemahiran Berbahasa Inggeris EF

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Indeks Kemahiran Berbahasa Inggeris EF (Bahasa Inggeris: EF English Profiency Index) merupakan laporan untuk cuba menyenaraikan negara-negara mengikut tahap purata kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan rakyat dewasa. Ia adalah hasil kerja Education First (EF), sebuah syarikat latihan bahasa antarabangsa, yang menghasilkan kesimpulan-kesimpulan daripada maklumat yang dikumpulkan melalui ujian Bahasa Inggeris secara percuma melalui internet. Laporan itu diumumkan buat kali pertamanya pada Mac 2011, berdasarkan keputusan daripada lebih 2 juta pengambil ujian. Laporan terkini, edisi ke-enam telah dikeluarkan pada November 2016.

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Laporan itu terdiri daripada jadual senarai negara , beberapa halaman analisis dengan graf yang menghubungkaitkan faktor-faktor ekonomi dan sosial yang lain dengan penguasaan Bahasa Inggeris, dan analisis setiap rantau atau benua. Laporan dan lembaran fakta negara 2016 yang disertakan termasuk tahap penguasaan Bahasa Inggeris mengikut jantina, umur, dan rantau, negara, dan beberapa skor penguasaan Bahasa Inggeris mengikut bandar. Laman sesawang ini memaparkan bahagian laporan itu dan mempunyai analisis kemahiran Bahasa Inggeris di banyak negara dan rantau.

Kesimpulan Utama[sunting | sunting sumber]

  1. Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang berkembang pada kadar yang berbeza di negara-negara yang berbeza di seluruh dunia, termasuk beberapa negara dengan kemahiran Bahasa Inggeris menurun.
  2. Eropah secara keseluruhannya penutur Bahasa Inggeris terbaik, manakala Timur Tengah sebaliknya.
  3. Saiz pelaburan dalam latihan Bahasa Inggeris tidak semestinya sesuai dengan jumlah kemajuan yang dibuat dari masa ke semasa.

Kedudukan 2016[sunting | sunting sumber]

Negara Kedudukan 2016 Skor 2016 Band 2016
 Belanda 1 72.16 Kemahiran Sangat Tinggi
 Denmark 2 71.15 Kemahiran Sangat Tinggi
 Sweden 3 70.81 Kemahiran Sangat Tinggi
 Norway 4 68.54 Kemahiran Sangat Tinggi
 Finland 5 66.61 Kemahiran Sangat Tinggi
 Singapura 6 63.52 Kemahiran Sangat Tinggi
 Luxembourg 7 63.20 Kemahiran Sangat Tinggi
 Austria 8 62.13 Kemahiran Tinggi
 Jerman 9 61.58 Kemahiran Tinggi
 Poland 10 61.49 Kemahiran Tinggi
 Belgium 11 60.90 Kemahiran Tinggi
 Malaysia 12 60.70 Kemahiran Tinggi
 Filipina 13 60.33 Kemahiran Tinggi
  Switzerland 14 60.17 Kemahiran Tinggi
 Portugal 15 59.68 Kemahiran Tinggi
 Republik Czech 16 59.09 Kemahiran Tinggi
 Serbia 17 59.07 Kemahiran Tinggi
 Hungary 18 58.72 Kemahiran Tinggi
 Argentina 19 58.40 Kemahiran Tinggi
 Romania 20 58.14 Kemahiran Tinggi
 Slovakia 21 57.34 Kemahiran Sederhana
 India 22 57.30 Kemahiran Sederhana
 Republik Dominika 23 57.24 Kemahiran Sederhana
 Bulgaria 24 56.79 Kemahiran Sederhana
 Sepanyol 25 56.66 Kemahiran Sederhana
 Bosnia dan Herzegovina 26 56.17 Kemahiran Sederhana
 Korea Selatan 27 54.87 Kemahiran Sederhana
 Itali 28 54.63 Kemahiran Sederhana
 Perancis 29 54.33 Kemahiran Sederhana
 Hong Kong 30 54.29 Kemahiran Sederhana
 Vietnam 31 54.06 Kemahiran Sederhana
 Indonesia 32 52.94 Kemahiran Sederhana
 Taiwan 33 52.82 Kemahiran Sederhana
 Rusia 34 52.32 Kemahiran Rendah
 Jepun 35 51.69 Kemahiran Rendah
 Uruguay 36 51.63 Kemahiran Rendah
 Makau 37 51.36 Kemahiran Rendah
 Costa Rica 38 51.35 Kemahiran Rendah
 Republik Rakyat China 39 50.94 Kemahiran Rendah
 Brazil 40 50.66 Kemahiran Rendah
 Ukraine 41 50.62 Kemahiran Rendah
 Chile 42 50.10 Kemahiran Rendah
 Mexico 43 49.88 Kemahiran Rendah
 Maghribi 44 49.86 Kemahiran Rendah
 Peru 45 49.83 Kemahiran Rendah
 Emiriah Arab Bersatu 46 49.81 Kemahiran Rendah
 Ecuador 47 49.13 Kemahiran Rendah
 Pakistan 48 48.78 Kemahiran Rendah
 Colombia 49 48.41 Kemahiran Sangat Rendah
 Panama 50 48.08 Kemahiran Sangat Rendah
 Turki 51 47.89 Kemahiran Sangat Rendah
 Tunisia 52 47.70 Kemahiran Sangat Rendah
 Guatemala 53 47.64 Kemahiran Sangat Rendah
 Kazakhstan 54 47.42 Kemahiran Sangat Rendah
 Mesir 55 47.32 Kemahiran Sangat Rendah
 Thailand 56 47.21 Kemahiran Sangat Rendah
 Azerbaijan 57 46.90 Kemahiran Sangat Rendah
 Sri Lanka 58 46.58 Kemahiran Sangat Rendah
 Qatar 59 46.57 Kemahiran Sangat Rendah
 Venezuela 60 46.53 Kemahiran Sangat Rendah
 Iran 61 46.38 Kemahiran Sangat Rendah
 Jordan 62 45.85 Kemahiran Sangat Rendah
 El Salvador 63 43.83 Kemahiran Sangat Rendah
 Oman 64 43.44 Kemahiran Sangat Rendah
 Kuwait 65 42.98 Kemahiran Sangat Rendah
 Mongolia 66 42.77 Kemahiran Sangat Rendah
 Algeria 67 41.60 Kemahiran Sangat Rendah
 Arab Saudi 68 40.91 Kemahiran Sangat Rendah
 Kemboja 69 39.48 Kemahiran Sangat Rendah
 Laos 71 38.45 Kemahiran Sangat Rendah
 Libya 71 37.82 Kemahiran Sangat Rendah
 Iraq 72 37.65 Kemahiran Sangat Rendah