Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan
جابتن ڤندعواان شرعية نڬري سمبيلن
Intisari agensi
Dibentuk2018 (6 tahun yang lalu) (2018)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatAras 11, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Ketua Pendakwa Syarie
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
jpens.ns.gov.my

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) dahulunya merupakan Bahagian Pendakwaan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Pengasingan dan pengiktirafan sebagai sebuah Jabatan baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan ini berdasarkan keputusan:

  • Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 20 Mac 2015
  • Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke 56 pada 16 Januari 2016.
  • Mesyuarat Majlis Agama Islam (MAINS) kali ke 225.
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 7 Disember 2016.


Pengasingan dan pengiktirafan ini juga dilaksanakan selepas mendapat perkenan ke bawah D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Y.T.M Undang Yang Empat dan Y.T.M Tunku Besar Tampin.

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 2018 dengan dibekalkan kod PTJ sendiri dan diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie.

Terdapat empat (4) Bahagian di Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) bagi memantapkan perjalanan operasinya iaitu:

  1. Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan (BPPR)
  2. Bahagian Pendaftaran, Rekod dan Dokumentasi (BPRD)
  3. Bahagian Penyelidikan Perundangan (BPP)
  4. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)

Misi[sunting | sunting sumber]

Melaksanakan pendakwaan syariah di Negeri Sembilan berlandaskan undang-undang dan hukum syarak dengan adil, berkualiti dan berintegriti melalui pemantapan tadbir urus organisasi.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi agensi berwibawa dalam memperkasakan pendakwaan syariah

Slogan[sunting | sunting sumber]

Berwibawa, Integriti, Tepat