Pejabat Daerah & Tanah Rembau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau
ڤجابت دايره دان تانه رمباو
Intisari agensi
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatPejabat Daerah dan Tanah Rembau, Kompleks Pentadbiran Daerah, 71309, Rembau, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pegawai Daerah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
rembau.ns.gov.my

DAERAH REMBAU merupakan daerah yang terkecil sekali dari tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu seluas kira-lkira 41,512.14 hektar persegi dengan penduduknya berjumlah melebihi 40,551orang berdasarkan Bancian Penduduk yang dibuat pada tahun 2000.

Daerah kecil ini mempunyai 17 buah mukim mengandungi 204 buah kampung dan ditadbir oleh 45 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tertakluk di dalam dua Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Chembong dan Kota.

Sebelum memperolehi bangunan tetap seperti hari ini, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau dikatakan beroperasi dibeberapa tempat iaitu di Kendong, Kampung Lada Chengkau, Kampung Batu dan awal abad ke 20 telah dipindahkan ke Tambang Kuda iaitu Pekan Rembau sekarang dan bangunan itu kini dijadikan Perpustakaan Daerah. Bangunan yang terletak di tepi Jalan Dato' Lela Maharaja, Rembau adalah merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Rembau yang berfungsi sebagai penyelaras semua aktiviti dan majlis di peringkat daerah disamping bertanggungjawab merancang pembangunan daerah dan infrastruktur asas seperti bekalan api, air, perhubungan telefon, jalan-jalan dan lain-lain untuk penduduk setempat.

Bangunan yang menjadi Pusat Pentadbiran Daerah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Dato' Haji Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 9 Mei 1998

Kini Pejabat Daerah dan Tanah Rembau mempunyai tanggungjawab yang lebih mencabar lagi untuk membangunkan Daerah ini selaras dengan dasar kerajaan memperkenalkan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan (K.Ekonomi) dan sumber maklumat-maklumat yang terpantas secara IT dan globalisasi.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Rembau sebagai organisasi terbilang dalam pentadbiran daerah dan tanah khususnya di Negeri Sembilan.

Misi[sunting | sunting sumber]

Memastikan pentadbiran tanah dan pembangunan daerah cekap dan berkesan melalui pengurusan yang strategik, seimbang dan berkualiti.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
  2. Memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan organisasi.
  3. Memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah kemakmuran negeri.
  4. Memperbanyakkan kemudahan dan infrastruktur awam bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat.
  5. Menggiatkan pembangunan bandar dan desa serta pengukuhan sosio-ekonomi secara holistik untuk kesejahteraan masyarakat.
  6. Mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam bagi tujuan mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

[1]