Majlis Daerah Tampin
Majlis Daerah Tampin | |
---|---|
![]() | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Julai 1980 |
Didahului oleh | Lembaga Bandaran Tampin |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Zahari Md Afandi (bermula 27 September 2021) |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Majlis Daerah Tampin (MDT) merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan bagi seluruh daerah Tampin, Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan pada 1980. Ia berfungsi untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk Tampin dalam hal kesihatan awam, pengurusan sisa, bangunan kawalan, meningkatkan penyelenggaraan infrastruktur sosial dan ekonomi, dan bandar.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 , hasil daripada penyusunan semula melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 . Dahulu dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Kawasan pentadbiran MDT dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kawasan operasi seluas 14.50 batu persegi atau 3,755.47 hektar; kawasan kawalan seluas 23.25 batu persegi atau 6,021.73 hektar; dan kawasan sepanjang jalan seluas 12.25 batu persegi atau 3,172.74 hektar[1].
Demografi[sunting | sunting sumber]
Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949.94 hektar. Kawasan di daerah ini meliputi pekan seperti Bandar Tampin, Gemas, Gemencheh, Air Kuning Selatan dan lain-lain.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Latar belakang". Majlis Daerah Tampin. Dicapai pada 29 November 2020.